$100++ Pertama di eBay
Anggaran masa membaca: 1 – 2 minit

Pada Jumaat Mac 2, 2007, secara rasminya aku telah berdaftar secara sah sebagai penjual sambilan di eBay. Ketika itu tiada satupun ebook atau buku fizikal mengenai cara meniaga di eBay dijual melalui internet ataupun kedai-kedai buku.
Jadi, dengan berbekalkan http://pages.ebay.com/help/, aku cuba sedaya upaya belajar satu per satu asas eBay. Bermula dengan cara membida hinggalah menyenaraikan produk secara BIN (Buy It Now).
Ketika itu aku menjual ebook berkaitan internet marketing. Tapi jualan agak lembab dan aku mengambil keputusan untuk membuat kajian sedikit ebook apakah yg laris jualannya ketika itu. Aku perhatikan ebook cheat code untuk Xbox 360 dan Play Station amat laris.
Aku nampak ada peluang untuk dapatkan $1 yang pertama melalui ebay. Tanpa melengahkan masa, aku terus membeli ebook tersebut yang mempunyai lesen Master Resell Rights dan menjualnya kembali di eBay.
Dan, hasilnya amat memuaskan hati aku. Anda boleh melihat screenshot di atas. Itu adalah sebahagian jualan yang memberikan aku $100++ yang pertama pada tahun 2007. Yang menariknya, aku jalankan perniagaan tersebut ketika waktu makan tengahari (1 pm – 2 pm) di pejabat.
Baru aku teringat, ketika itu aku tiada talian internet di rumah. Hanya bergantung pada talian internet di pejabat dan cyber cafe!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!4 Comments
Farizal Hassan on February 15th, 2009
Terima kasih wahai Catzer
Kau lah khalifah di bumi bertuah ini yang pertama sudi komen blog aku. Aku amat menghargainya. Keh keh keh.
Teknik Noorizam Shah Masih Relevan? | Farizal Hassan on February 16th, 2009
[...] ketika aku menjual ebook pada tahun 2007. Aku akui, dengan teknik inilah aku berjaya mendapatkan $100++ pertama suatu ketika [...]
ijamidayu on February 16th, 2009
2007 lagi telah menghasilkan jualan..
Bnyk bakat terpendam bro kita nie catzer..

catzer on February 15th, 2009
Tahniah dah ada blog dengan nama sendiri