Ulasan Buku Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Anggaran masa membaca: 4 – 7 minit

Bajet Wang

Kali ini aku ingin berkongsi ulasan mengenai sebuah buku yang berjudul “Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” oleh Khairulnahar Jamaluddin. Sebelum ini aku tidak pernah dengar mengenai penulis ini hinggalah pada dua bulan lepas aku membaca hasil penulisan beliau iaitu ebook Wang Gaji. Kandungan ebook tersebut membuatkan aku terpanggil untuk membaca buku beliau yang seterusnya :)

Sebelum aku mengulas buku “Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”, ingin aku menyentuh sedikit ebook Wang Gaji yang aku nyatakan tadi. Tahap pemahaman aku tentang kewangan peribadi amatlah rendah dan sedikit. Jadi, sedikit sebanyak ebook Wang Gaji itu dapat membantu aku lebih memahami bagaimana untuk menguruskan gaji bulanan yang aku terima setiap bulan. Walaupun sebelum ini aku berkemampuan untuk menyimpan sedikit daripada gaji aku, itu tidak bermakna tahap pemahaman aku sudah sama hebat seperti Robert Kiyosaki atau pun sehebat bekas penyanyi Helloween iaitu Michael Kiske.

Boleh aku katakan yang aku sentiasa perlukan panduan bagi memastikan tahap kewangan aku dalam keadaan terkawal. Jadi, ebook Wang Gaji ini dapat membantu aku. Oh ya, Kalkulator Belanjawan yang diberikan sebagai bonus amat membantu aku bagi memastikan gaji yang aku terima setiap bulan dalam keadaan terkawal.

Okey, tutup cerita Wang Gaji dan kembali kepada topik asal iaitu “Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”. Buku ini diterbitkan oleh Truewealth Publishing iaitu sebuah syarikat kepunyaan Azizi Ali.

Buku ini boleh aku katakan sebagai ‘turutan’ daripada buku Azizi Ali iaitu “Jutawan Dari Planet Jupiter”. Mengapa aku katakan ‘turutan’? Ini kerana buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” adalah lebih kepada pencucian minda serta meliputi perihal kewangan secara menyeluruh; Dan anda boleh menangis apabila mengenangkan kezaliman yang telah dilakukan ke atas wang anda sendiri ketika membacanya. Manakala buku “Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” pula hanya fokus kepada 7 cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang.

Melalui buku ini, anda boleh belajar:

  1. Cara untuk mengenal pasti tahap kedudukan kewangan semasa anda.
  2. Cara bagaimana mengesan tabiat perbelanjaan samada baik ataupun tidak.
  3. Membuat perancangan kewangan peribadi agar tidak sentiasa komplen wang tidak cukup.
  4. Cara memenuhi keperluan dan nafsu serakah ke arah liabiliti seperti barang-barang yang anda idam-idamkan tanpa perlu berhutang atau membuat pinjaman.
  5. Cara untuk menjadi jutawan dengan menggunakan kuasa masa.
  6. Belajar bagaimana mengira kadar faedah yang dikenakan oleh bank.
  7. Menghapuskan hutang dan berhenti daripada tabiat berhutang.
  8. Mengenalpasti pembohongan dan penipuan Skim Cepat Kaya.

Kalau hendak memahirkan ke lapan-lapan perkara yang disebutkan tadi dalam waktu 31 hari memang boleh memberi kekejangan saraf pituitari pada otak kita. Silap-silap boleh memberi kesan yang buruk kepada fotosistesis! Aku sebenarnya lebih tumpukan kepada tabiat perbelanjaan, perancangan kewangan peribadi dalam keadaan terkawal serta memastikan kadar faedah yang dikenakan oleh bank tidak membebankan. Itu sahaja. Aku hanya memberi tumpuan kepada apa yang diperlukan sekarang ini. Yang selebihnya, kemudian cerita.

Sekiranya anda menghadapi masalah kewangan ketika ini, diharapkan janganlah tergopoh-gopoh untuk menghabiskan satu buku dalam masa 24 jam. Berikan sedikit ruang pada diri anda untuk menilai mana satu topik yang anda perlu dahulukan. Masalah kewangan bukan dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat. Sebagai contoh, aku mula menyelesaikan masalah kewangan pada tahun 2006 dan memperolehi kesan positif pada pertengahan tahun 2007. Ianya mengambil masa sebanyak 47 335 389 saat!

Walaubagaimanapun, ianya bergantung sejauh mana kuatnya semangat anda. Sekiranya semangat anda mempunyai antibodi yang kuat, kemungkinan masalah kewangan anda dapat diselesaikan dalam masa 23 667 694.5 saat sahaja.

Oh ya, dalam buku ini terlampau banyak tanda seruan pada penghujung ayatnya. Kemungkinan penulis ingin mengejutkan pembaca yang boros dalam berbelanja. Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah kewangan dan masih tidak sedar-sedar anda sedang menghadapi masalah kewangan, pastikan anda tidak membaca sambil meminum kopi atau milo. Ini boleh membuatkan anda sentiasa tersedak ketika membaca dan mengakibatkan baju anda yang berjenama ‘Ermenegildo Zegna’ mengalami kekotoran yang amat dahsyat!

PS: Penularan H1N1 makin serius dengan kadar kematian semakin meningkat. Sekarang ini bukan waktunya untuk kita mempamerkan kejelitaan atau kehenseman di khalayak ramai. Pakai topeng untuk keselamatan.

PPS: Aku sedang mengkonsistenkan pos-pos pada blog ini. Menulis artikel bukanlah mudah seperti menghabiskan wang untuk membeli barang-barang yang tidak berfaedah. Sekiranya anda sentiasa menantikan pos-pos aku ini, berikan aku semangat dengan meninggalkan komen-komen yang disediakan di bawah :D

PPPS: Terima kasih kepada pembaca-pembaca baru dan pembaca-pembaca yang setia :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

7 Comments

ijamidayu  on August 17th, 2009

Thanks for info sharing bro..

KWn sendiri masih lagi membaca bnyk buku.. THanks atas nasihat bro dengan saya berkenaan pengurusan wang..

Apa pun, selagi kita mahu belajar.. InsyaALLAH kita akan dpt mengurus wang kita lebih bijak..

Bnyk buku-buku di kedai2 buku yang menjual buku2 pengurusna kewangan utk kita beli dan baca serta praktikkan..
ijamidayu´s last blog ..5 Perkara Terbaik Yang Korang Ada

Thinkerich  on August 19th, 2009

Salam,

Saudara Farizal…

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada saudara kerana telah mendapatkan kedua-dua buah ebook dan juga buku tulisan saya…

Harap ianya dapat membantu pengurusan kewangan peribadi saudara…

Memang benar masalah kewangan tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat, kita perlukan perancangan dan ilmu yang cukup untuk mengatasinya…

Hmm.., ramai yang tergopoh gapah untuk menyelesaikan masalah kewangan pada hari ini tetapi kurang ilmu dan pengetahuan yang cukup..

dan kesudahannya ada yang terperangkap dengan pelbagai aktiviti tidak elok seperti rasuah, menyertai skim cepat kaya, berjudi dan tertipu dengan pelbagai lagi…

Salam kekayaan,

Khairulnahar a.k.a Thinkerich

p/s: Gaya penulisan saudara amat menarik dan bersahaja…saya percaya suatu hari nanti blog saudara akan popular dan diminati ramai..
Teruskan berblogging dan kongsikan sebanyak mungkin INFO yang berguna untuk semua!

Farizal Hassan  on August 20th, 2009

@ijamidayu Aku cadangkan dapatkan satu buku Bajet Wang. Bab pertama ada diajar mcm mana untuk mengira nilai bersih tahap kewangan kita.

Sebelum ni, part ni memang aku tak tau mcm mana nak tahu kedudukan kewangan kita. Nasib baik sekarang ni kedudukan kewangan aku ditahap positif :D Fuhhhh…

@ Khairulnahar Saya amat berterima kasih kerana kesudian saudara meninggalkan komen yang positif pada artikel terbaru saya. Komen saudara boleh dijadikan semangat untuk saya terus menulis dalam blog ini :)

Mengenai buku saudara tersebut, saya dapat beberapa input baru untuk diaplikasikan. Diharapkan saudara dapat terus menghasilkan buku-buku yang melibatkan kewangan peribadi agar dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan peribadi.

Thinkerich  on August 24th, 2009

Farizal,

Terima kasih kembali..

Teruskan menulis..saudara sememangnya berbakat!

Alhamdullilah, syukur kerana buku tersebut dapat membantu saudara…

Semoga ianya juga dapat membantu insan lain juga..

InsyaAllah, buku seterusnya akan muncul..

Terima kasih di atas sokongan dan galakkan yang diberikan…

Semoga saudara terus dikurniakan kelapangan dalam menguruskan kewangan..

ijamidayu  on September 1st, 2009

Memang best la.. Blog bro pasti akan dihujani oleh komentor dan rakan2 yg lain.. :D

Farizal Hassan  on September 2nd, 2009

@Thinkerich Saya sedang menunggu buku seterusnya daripada saudara :D Semoga berjaya!

@ijamidayu hehehe… ko mmg rajin tinggal komen kat blog aku. terima kasih banyak²! :D
Farizal Hassan´s last blog ..Ulasan Buku Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

ijamidayu  on September 3rd, 2009

Farizal~ Sesama bro.. no hal.. Small matter. Bro pun bnyk tunjuk ajar kwn.. Mana salah silap diperbaiki..
ijamidayu´s last blog ..Teknik Pemasaran Internet

Leave a Comment