Teknik Noorizam Shah Masih Relevan?

Anggaran masa membaca: 2 – 3 minit

Aku baru lepas sahaja membaca majalah IM dan cover story nya pula adalah mengenai eBay. Kali ini saudara Noorizam Shah menjadi mangsa :)

Di dalam temubual tersebut, saudara Noorizam mendedahkan bagaimana melakukan kajian pasaran di eBay. Selama ini aku ingatkan teknik ini aku sahaja yang tahu. Aku mengetahui teknik ini secara tidak sengaja ketika aku menjual ebook pada tahun 2007. Aku akui, dengan teknik inilah aku berjaya mendapatkan $100++ pertama suatu ketika dahulu.

Itu cerita dahulu dan sudah 2 tahun berlalu. Tetapi, aku masih menggunakan teknik yang sama untuk menjual barang di eBay. Ini menunjukkan teknik kajian pasaran di eBay yang saudara Noorizam tunjukkan masih relevan.

Setelah bersara hampir dua tahun dengan eBay; Pada 15 January, 2009 aku mula bergiat aktif semula. Tiga hari sebelumnya, aku melakukan kajian barang apakah yang sedang panas ketika itu. Setelah jumpa produk apa yg sesuai, aku mencari pembekal di http://www.tradekey.com dan http://www.alibaba.com.

Mencari pembekal pada aku amat remeh dan sedikit sukar. Dalam proses ini memerlukan kesabaran dan kerajinan tahap Siti Nurhaliza. Ini kerana, anda perlu menghubungi setiap pembekal barangan yang anda ingin jual di eBay.

Soalan yang aku akan tanya adalah:

  1. Stok barang ada tak?
  2. Berapa minimum kuantiti setiap pesanan?
  3. Kos penghantaran ke US, German, Poland dan UK?
  4. Kaedah pembayaran bagaimana?

Sebagai permulaan, empat soalan sudah memandai. Sebab anda perlu mencari pembekal yang lain bagi tujuan pembandingan harga dan tanyakan soalan yang sama.

Setelah mendapat pembekal yang sesuai, aku mulakan proses penyenaraian produk di eBay. Sehari lepas tu, bertalu-talu soalan daripada potential buyer. Aku melihat statistik produk yang aku jual mencecah hampir 400 viewed. Oh ya, aku senaraikan satu produk sahaja ketika itu.

Disebabkan keberkesanan melampau teknik kajian tersebut, akaun Paypal aku dikenakan “Access Limit”. Ini disebabkan aktiviti duit yang masuk luar biasa. Sehingga kini, paypal aku masih tahap beku…

accesslimitPaypal - Access LimitKepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut langkah demi langkah teknik yang aku nyatakan di atas, sila ke http://www.majalahim.com.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

4 Comments

pazil  on February 16th, 2009

tq bro..sediakan blog ni sebagai platform utk rujukan budakmalas membaca spt aku!blog2 mudah+lebih kpd info mcm ni menarik minat aku utk membaca.

Farizal Hassan  on February 16th, 2009

Tq pazil, aku harap setiap pos aku bermanafaat pada sesiapa yang membacanya.

ijamidayu  on February 16th, 2009

Memang selalu info yg bro farizal tulis.. Memang padat dgn info…

Farizal Hassan  on February 18th, 2009

tq ijamidayu, harap² artikel ni memberi manfaat kat ko :D

Leave a Comment