Eh, Ada Program Baru Lah! Daftar Hari Ni, Esok Terus Kaya…
Anggaran masa membaca: 2 – 3 minit

Dalam erti kata lain, Skim Cepat Kaya atau ringkasannya adalah SCK. Macam juga masalah-masalah jenayah lain, buatlah macam mana pun, tangkap lah seberapa ramai penagih dadah atau pencuri-pencuri sekitar Kampung Cik Zainal, Chemor; golongan ini tetap ada di mana-mana sekalipun.
Begitu juga halnya dengan penganjur SCK ini. Terutamanya sekali SCK melalui internet yang sukar untuk dibendung lagi.
Disini, aku bukannya hendak bercerita penipuan-penipuan oleh SCK ini. Tetapi, apa yang aku ingin perkatakan adalah mengenai mentaliti rakyat Malaysia sendiri yang mudah percaya dengan apa yang terpampang di laman-laman web si penipu ini. Mereka percaya sekiranya mereka menjadi sebahagian daripada ahli SCK ini suatu hari nanti mereka akan berkongsi nama dengan Dr. Irfan Khairi di muka depan surat khabar.
Mimpilah!
Cukup sekadar tertera di halaman web tersebut:
“Alhamdullillah, Akhirnya Anda Menemui Sistem Yang Saya Cipta Sendiri Untuk Anda Bagi Menyelesaikan Masalah Kewangan Yang Anda Sedang Hadapi. Sebagaimana Dalam Hadis Ada Menyebut…”
Orang yang membacanya akan teruja akan dua sebab iaitu:
- Ada menyebut Alhamdullillah dan menyentuh sebaris hadis. Dua perkara ini sudah cukup membuatkan kita akan berasa orang disebalik tabir adalah orang yang baik-baik keturunannya dan tidak pernah tinggal solat lima waktu sehari.
- Setiap orang mempunyai masalah kewangan tersendiri. Ada yang tiada masalah kewangan tetapi ingin menambah kekayaan dengan sedikit tamak di sanubari. Jadi, orang ‘baik serta alim’ tersebut mampu menyelesaikan masalah yang anda sedang hadapi.
Hah, dua perkara tersebut sudah mampu menjerat anda sebagai mangsa penipuan cyber!
Maka, hati-hati lah dengan setiap perkataan yang menjanjikan dapat menyelesaikan masalah anda dengan pantas tanpa anda berusaha langsung.
Kerana, tiada jalan mudah untuk cepat kaya. Anda perlu berusaha bermati-matian untuk menjadi jutawan. Anda perlu mengorbankan masa anda bagi mencapai objektif untuk menjadi kaya. Jadi, tiada sebab anda boleh kaya tiba-tiba dengan mudah.
Aku cadangkan anda membaca buku “Mencari Maut” oleh Azizi Ali bagi melengkapkan benteng pertahanan anda sebelum ditipu atau sedang ditipu hidup-hidup.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!6 Comments
Farizal Hassan on March 6th, 2009
Sampai bila² org akan tetap kena tipu dgn penganjur SCK ni
Apa yg boleh kita buat, sedarkan mereka semua melalui artikel.
pedagangIT on March 9th, 2009
biasa la… orang melayu yang ramai suka skim cepat kaya…so yang pembuatnya suka le..
ilhamputra on March 15th, 2009
diorang ni masih tak tahu keburukan skim cepat kaya.tau nak kaya cepat.halal haram tolak tepi
ijamidayu on April 2nd, 2009
Memang begitulah manusia nie.. Itu peri pentingnya membaca..
juenaz on January 3rd, 2010
en.farizal hassan
assalamualaikum
saya ingin bertanya soalan…atas kepakaran anda…maaf, lari topik.
sahabat saya menghadapi masalah kerana memberi namanya kepada orang lain untuk pinjaman perumahan dan kini dalam proses untuk masuk mahkamah kerana tidak membayar ansuran bulanan yang kini mencecah rm2o4 ribu. Apa yang harus dilakukan, pada pandangan peribadi anda jika anda yang menghadapinya. terima kasih

ijamidayu on March 5th, 2009
Fuh!! Perkongsian yang amat menarik sekali.. Kebelakangan ini semakin ramai yang tertipu dek kerana tersemat dihati mereka aku ingin kaya cepat..
Boleh aku tunjuk kat org kmpung.. Maka, semakin hari semakin ramai tertipu. Tidak kurang mengatakan internet tidak boleh memberi mereka pendapatan..
HUH!!! Mana nak dpt duit jika masuk internet seminggu sekali.. Itu pun setakat tau semak email.. Hmmmm…