Rahsia Buat Duit Dengan eBay

Anggaran masa membaca: 2 – 4 minit

Rahsia Buat Duit Dengan eBay

Hari Sabtu baru-baru ini sekali lagi percubaan terbaru aku ke MPH Alamanda untuk mencari buku Azahar Abdul Rahman yang bertajuk “Rahsia Buat Duit Dengan eBay”. Ntah yang ke berapa kali aku ke MPH Alamanda untuk membeli buku tersebut, aku pun dah tak ingat. Apa yang aku ingat dengan jawapan pekerja-pekerja MPH adalah tiada stok.

Akhirnya aku cuba Google tajuk buku tersebut dan seterusnya membawa aku ke laman web e-commerce http://www.bookcafe.com.my. Tanpa berlengah, aku terus mencari buku “Rahsia Buat Duit Dengan eBay” dan aku dapati buku tersebut ada dalam stok. Apa lagi, aku terus beli lah :D

Di bawah adalah maklumat pesanan tersebut:

Kaedah pembayaran: Maybank2u.com (Maybank2u.com)
Penghantaran: Pos Malaysia – Pos Laju
Subtotal: RM22.00
Kos penghantaran: RM6.50
Diskaun: RM3.00
Taxes: Pos Laju – Surcaj + Cukai Kerajaan 25% (123456) RM1.63
Jumlah: RM30.13

Aku harapkan kos penghantaran adalah percuma. Tetapi, tak mengapa lah… Aku anggap yang buku ini kategori rare :p Bayar lebih sikit pun tak mengapa. Berkenaan cukai sebanyak RM1.63 tu aku tak pasti. Aku beli buku secara online di http://www.millionairesplanet.com pun tak ada pula kena apa-apa cukai. Malah, kos penghantaran juga percuma.

Sebenarnya, aku sudah membaca buku tersebut di Google Book Search. Memandangkan buku ini bagus untuk rujukan serta dapat memenuhkan perpustakaan mini aku, aku rasa buku ini berbaloi untuk dibeli.

Aku sarankan kepada sesiapa yang mahu mempelajari asas eBay, dapatkan lah buku ini. Harga di kedai-kedai buku adalah RM25.00 sahaja. Akan tetapi, sekiranya anda berasa was-was dengan mutu penyampaian buku tersebut, anda boleh membacanya di Google Book Search untuk menilaikannya sendiri. Sekiranya menepati citarasa anda, maka beli lah di http://www.bookcafe.com.my ataupun di kedai-kedai buku berhampiran.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

4 Comments

ijamidayu  on February 23rd, 2009

Thanks bro for sharing..

Apa pun, pembelian kat ctu memang mcm2 hel dia caj..

Entah ler.. Aku pun ada heran gak.. :D

Apa pun, ilmu tue mahal gak..

Makin bertambah koleksi ebay bro nie.. :)

Farizal Hassan  on February 24th, 2009

Update: Buku “Rahsia Buat Duit Dengan eBay” dah pun selamat sampai pukul 2.15pm tadi :D Pantas betul servis http://www.bookcafe.com.my!

aizuddin  on July 2nd, 2010

best ke bro buku tu?dah berbaloi belum?
aizuddin´s last blog ..Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 Pusingan Suku Akhir

Farizal Hassan  on July 2nd, 2010

nak kata best tu aku x tau nak cakap mcm mana. bergantung pada tahap pengetahuan ebay individu tu sendiri samada best atau tak.

Leave a Comment