Paypal – Notification of Limited Account Access
Anggaran masa membaca: 3 – 4 minit

Pada February 20, 2009, genaplah 13 hari akaun Paypal aku dikenakan tindakan tatatertib; Atau dengan erti lainnya adalah "Limited Account Access". Ini disebabkan kemasukan tsunami wang yang luar biasa, maka Paypal dengan penuh dedikasi menjalankan tanggungjawabnya membekukan akaun aku daripada cubaan untuk memindahkan atau mengeluarkan wang.
Di bawah adalah kenangan-kenangan yang telah aku lalui bersama Paypal:
- Feb 7, 2009 11:06 AM
Terima emel pertama daripada Paypal yang bertajuk – "Notification of Limited Account Access RXI***". Sebaik sahaja terima emel tersebut, aku terus hantar salinan kad pengenalan dan surat insurans anak aku sebagai bukti alamat aku.
- Feb 8, 2009 2:21 PM
Terima emel ke dua daripada Paypal yang bertajuk – "Request for additional information PP-***-***-***RXI***". Emel kali ini mengatakan yang aku perlu menghantar salinan asli invois bagi barangan yang aku jual di eBay. Dan aku juga perlu menyerahkan tracking number, nama syarikat kurier serta pautan bagi laman web syarikat tersebut. Aku cuma dapat hantar invois sahaja kerana pembekal belum beri maklumat penghantaran barangan tersebut. - Feb 10, 2009 4:36 PM
Terima emel ke tiga daripada Paypal yang bertajuk – "Request for additional information PP-***-***-***RXI***". Emel ini mengatakan invois yang aku hantar 2 hari lepas adalah bukan invois asli. Dan minta aku hantar invois yang asli daripada pembekal barang. - Feb 12, 2009 3:53 PM
Terima emel ke empat daripada Paypal yang bertajuk – "Request for additional information PP-***-***-***RXI***". Emel ini mengesahkan maklumat seperti invois dan tracking number yang aku hantar 2 hari lepas adalah benar. Tetapi, akaun Paypal aku tidak dapat dilepaskan kerana mereka perlukan lebih lagi maklumat. Apa yang aku perlu lakukan seterusnya adalah, aku perlu screenshot emel pelanggan aku yang mengatakan bahawa barangan yang dihantar telah selamat sampai dan barangan tersebut di dalam keadaan baik. - Feb 20, 2009 1:38 PM
Emel terakhir daripad Paypal yang bertajuk – "Your PayPal Account Access Has Been Restored". Nah, akhirnya akaun Paypal aku berfungsi seperti biasa
Selama 13 hari aku dalam keadaan gundah. Runsing mengenangkan isteri aku mengatakan yang aku kemungkinan ditipu oleh pembekal barang tersebut. Katanya, tokei yang pos barang tersebut sedang bercuti di Hawaii dengan wang aku. Sekiranya barang tersebut tidak di hantar, berkemungkinan besar tidak akan dapat wang aku kembali di dalam Paypal.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Barang tersebut selamat sampai.
Fakta:
- Senarai pertama di eBay selama 7 hari mendapat sambutan dengan 370 viewed
- Mendapat 2 tempahan tetapi perlu dibatalkan. Supplier aku di China tutup kedai selama seminggu untuk menyambut Chinese New Year
- Meneruskan penyenaraian yang ke dua kalinya dan berjaya dijual
- Jumlah keseluruhan emel daripada ‘potential prospect’ adalah 14
6 Comments
Farizal Hassan on February 21st, 2009
terima kasih atas nasihat yg diberikan tempoh hari
ijamidayu on February 22nd, 2009
Fuh.. Tahniah.. Akhirnya anda berjaya mengaktifkan akuan paypal anda..
Hebat bro..
Thanks for sharing.. 1 maklumat untuk di gunakan kelak..(harap2 tak la kena..)
Farizal Hassan on February 22nd, 2009
Tq
13 hari mmg cukup lama. Memula kena rasa mcm nak mengelupur dah. Tapi, skg ni dah okay… Fuhhhh….!
apes on April 30th, 2009
Salam bro..
Boleh tak kalau bro buat screen shot dan upload kat sini cnth invoice yg diterima oleh paypal tu?? Harap bro dpt membantu..
Thanks..
Farizal Hassan on April 30th, 2009
Salam apes,
Invoice yg diterima oleh Paypal adalah invoice asal daripada pembekal barangan (Dropshipper).
Kebiasaannya invoice dihantar melalui email dalam format pdf ataupun microsoft word. Jadi, oleh kerana Paypal cuma menerima attachment berbentuk jpeg, gif atau png, anda perlu screenshot invoice dlm fail pdf tersebut dan simpan dalam bentuk fail imej yang sy nyatakan tadi. Kemudian, uploadkan fail tersebut mengikut arahan oleh pihak Paypal berikan.
Sekiranya, anda tiada invoice drpd pihak pembekal; Anda perlu memintanya


matzis on February 21st, 2009
Syukur alhamdulillah akhirnya segala usaha anda untuk mengaktifkan semula akaun paypal anda berhasil. Jangan lupa pesanan bro jangan sekali-kali menerima pindahan wang terlalu banyak secara pukal.