Bang, Kat Mana Boleh Dapat Yang Free Punya?
Anggaran masa membaca: 2 – 3 minit

“Alah… Pakai autoresponder free punya je. Buat apa pakai Aweber? Buang duit je…!”
“Hosting dengan domain RM50! Fuh, gile mahal!!! Takpe lah, Saya pakai Geocities dan nama domain pulak saya try cari yang murah-murah dulu.”
“Mahalnya ebook abang jual… Saya takde duit le nak beli ebook abang. Biar saya cari dulu yang free info punya kat blog-blog atau kat website.”
Itu sebahagian ucapan daripada mereka yang sentiasa hendakkan sesuatu dengan percuma sepanjang hayat mereka.
Mereka sebenarnya hanya membazir masa untuk mencari maklumat-maklumat percuma yang belum tentu boleh pakai atau tidak. Ini kerana maklumat yang percuma kebiasaannya belum pernah dicuba ataupun diceduk daripada kenalan yang hanya dikenali melalui forum / instant messanging / blog / laman web. Lagi haru jadinya apabila kenalan itu pun dapat maklumat tersebut daripada kenalannya punya saudara sebelah adik ipar…
Tiada salahnya menggunakan autoresponder percuma dan sememangnya anda boleh dapati di mana-mana ruang internet yang maha luas ini. Tiada siapa yang larang anda muat turunnya. Tetapi, sekiranya autoresponder tersebut terdapat masalah hingga menjejaskan perniagaan internet anda, anda ingat anda boleh minta tolong pada pemilik asal autoresponder tersebut untuk selesaikan masalah anda secepat mungkin? Mimpilah! Dahlah percuma, lagi mau mintak tolong. Nak cepat pulak tu. Cissss…
Ya, anda boleh dapatkan sesuatu dengan percuma bagi tujuan suka-suka. Ianya tidak salah. Tetapi, sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan, perilaku yang disebutkan tadi amatlah tidak bijak. Anda buang masa mencari sesuatu yang percuma hampir seminggu dan menanggung risiko kerugian akibat daripada informasi-informasi atau apa-apa yang anda dapati secara percuma itu.
Apa yang pastinya, dalam pada masa anda sibuk mencari informasi-informasi percuma di setiap ceruk internet dan berhempas pulas memasang skrip autoresponder percuma pada web server anda; Pesaing anda sedang menguasai pasaran serta mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Ini kerana pesaing anda faham apa yang dimaksudkan “Masa Itu Wang”. Sedangkan anda tidak!

Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut langkah demi langkah teknik yang aku nyatakan di atas, sila ke 

Komen Pembaca