Kisah Khairul Mat Dom…
Anggaran masa membaca: 4 – 6 minit
Gambar ini diambil ketika beliau sedang menceritakan kisahnya…
Saya hendak berkongsi suatu cerita yang begitu normal bagi kebanyakkan orang di muka bumi yang semakin terdedah kepada kerosakan lapisan ozon…
Selepas tamat persekolahan menengah, Khairul Mat Dom (bukan nama sebenar) mendapat tawaran ke universiti tempatan dalam bidang yang diminatinya. Beliau berjaya mendapatkan ijazah dan tidak lama selepas itu beliau mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan. Maka, melompat sakan lah Khairul Mat Dom kerana penat lelah ketika belajar di universiti suatu ketika dahulu telah mendatangkan hasil.
Dengan gaji RM2300 sebagai permulaan, bagi Khairul Mat Dom sejumlah wang yang amat besar. Tambahan pula ini adalah gaji pertamanya dan sebelum ini tidak pernah menerima gaji sebanyak itu. Jadi, Khairul memasang angan-angan untuk membeli kereta Myvi warna merah. Pada pendapatnya warna merah nampak ranggi. Tetapi, sebelum beli kereta ada baiknya membeli handphone baru dahulu. Dan, Khairul memang betul-betul membeli handphone Nokia 5800 apabila menerima gaji pertamanya itu. Kata dalam hatinya, “Kalau aku tak beli, nanti duit habis, barang pulak tak nampak. Baik beli daripada gaji habis mcm tu je…”.
Setelah 5 bulan bekerja di syarikat itu, Khairul Mat Dom berjaya menyimpan wang sebanyak RM2000. Wang tersebut adalah untuk merialisasikan impiannya untuk membuat downpayment kereta Myvi merahnya. Dan, pada hujung minggu, ketika itu sedang Khairul Mat Dom berjalan-jalan di Alamanda, Putrajaya; Khairul Mat Dom ternampak promosi kereta-kereta buatan Malaysia yang ketika itu mempromosikan pembelian kereta tanpa downpayment dan bayaran bulanan yang rendah.
Bagi Khairul Mat Dom, ini adalah peluang keplatinuman yang mesti direbut. Memandangkan hari raya puasa bakal menjelang tiba, sekurang-kurangnya ada sebuah kereta untuk memudahkannya untuk balik kampung untuk berhari raya nanti. Jadi, pada pendapatnya jika merebut peluang ini, Khairul Mat Dom tidak perlu mengeluarkan duit simpanannya sebanyak RM2000 sebagai downpayment.
Dan kini, Khairul Mat Dom mempunyai kereta dan setiap bulan perlu memperuntukkan bayaran bulanan sebanyak RM550 selama 9 tahun serta kos perjalanan ke tempat kerja seperti minyak dan tol. Tidak lupa juga stering, sport rim, spoiler dan beberapa alat perhiasan lain yang kononnya boleh melajukan Myvi nya itu. Khairul Mat Dom mengatakan ianya ‘perlu’ bagi menonjolkan keranggian keretanya. Segala pembelanjaan itu adalah menggunakan wang simpanan rm2000 yang sepatutnya untuk membayar downpayment Myvi nya itu.
Apabila berkereta, Khairul Mat Dom mendapat satu idea yang baginya cukup bernas. Idea tersebut adalah kad kredit! Dengan kad kredit, Khairul boleh menggunakannya untuk mengisi minyak kereta. Dengar kadar segera, Khairul Mat Dom bergegas ke bank terdekat untuk memohan kad kredit. Ajaibnya, permohonan itu berjaya dan kini secara rasminya dua kad berwarna perak yang tertera Visa dan Mastercard adalah milik Khairul Mat Dom. Maka, satu ‘episod baru’ telah bermula dalam hidup Khairul Mat Dom.
Setelah setahun setengah bekerja di tempat yang sama, Khairul Mat Dom sudah jatuh cinta dengan seorang awek di tempat kerjanya. Dan mengambil keputusan untuk bercinta dengan serius. Setahun selepas itu, pasangan bercinta itu memutuskan untuk mendirikan rumahtangga.
Segalanya berjalan dengan lancar sejak dari mula tamat persekolahan hinggalah ke alam perkahwinan. Ini kerana setelah berkahwin, sumber pendapatan bulanan yang dahulunya adalah satu kini telah menjadi dua. Seterusnya, mereka pun mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah idaman. Dan, perbelanjaan mereka semakin bertambah. Apabila sudah mempunyai rumah sendiri, mereka berdua perlu membeli segala keperluan seperti sofa, tv, langsir, dan perabot-perabot lain. Ada yang baru dibeli dan ada yang lama dan masih boleh dipakai.
Dan tidak lama selepas itu lahirnya cahaya mata bagi pasangan bahagia tersebut. Taraf hidup semakin meningkat tanpa disedari dan ketika itu juga hutang semakin bertambah. Hutang kad kredit, ansuran bulanan sewa beli kereta, bil elektrik, air, Astro, telefon, Streamyx serta bayaran bulanan gadai janji terbesar yang mereka berdua pernah buat; iaitu rumah!
Disebabkan terlalu banyak komitmen yang perlu diselesaikan setiap bulan, mereka berdua perlu bekerja keras dan mencari pendapatan sampingan. Pada ketika tahap inilah mereka berdua takut akan kehilangan kerja atau tidak ada kerja. Jadi, mereka perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan mereka tidak dibuang kerja.
Khairul Mat Dom terperangkap dengan hutang yang membebankan. Disebabkan hutang tersebut, dia tidak mampu untuk menyimpan sebahagian gaji bulanannya. Dan, bagi menyelesaikan masalah kewangannya, Khairul Mat Dom perlu bekerja lebih kuat dengan harapan agar majikannya menaikkan gajinya. Jika majikannya tidak menaikkan gajinya, Khairul Mat Dom akan mencari pekerjaan lain yang gajinya lebih mahal.
Demikianlah cerita Khairul Mat Dom. Adakah dengan kenaikan gaji, atau mencari pekerjaan yang gajinya lebih tinggi mampu menyelesaikan masalah tersebut? Sekiranya anda ada pendapat mengenai kehidupan ‘normal’ ini, sila tinggalkan dibahagian komen.

15 Comments
Faizal on May 23rd, 2009
Minimize kan perbelanjaan, ubah cara hidup, elak membazir, kurangkan makan luar. InsyaAllah berjaya.
SkinCareLib on May 23rd, 2009
sepatutnya kena buat perancangan kewangan tu lebih teratur sikit.
tak pyh mbazir dgn perkara yg tak perlu.
ijamidayu on May 23rd, 2009
Pada pendapat aku pula..
Setinggi mana pun gaji yang diberi.. Jika kita tidak bijak menguruskan wang..
Pasti kita akan dicengkam ketidak kecukupan kepada perbenlanjaan kita.
Ini kerana ‘keinginan’ kita begitu kuat… Jadi, bijak wang @ bijak urus wang membolehkan kita mengurus dan mentadbir urus kewangan kita.
kita on May 24th, 2009
story yang menarik…bg pendapat aku , kurangkan berhutang pasti masalah selesai…lagi pun dalam Islam tidak mengalakkan berhutang
Farizal Hassan on May 24th, 2009
Faizal, SkinCareLib, ijamidayu & kita, terima kasih kerana memberi komen yang bernas
kita tengok, apa kata pembaca lain. kalau komen-komen yang bernas dihimpunkan boleh jadi satu artikel yang mampu menyelesaikan masalah Khairul Mat Dom.
Labanon on May 24th, 2009
Actually bukan soal berapa anda dapat income tetapi bagaimana anda belanjakannya
Spend money utk belajar money management. Itulah pelaburan paling menguntungkan. Yosh!
rohaizad on May 26th, 2009
Bukan masalah berapa banyak wang yang disimpan, tetapi berapa tinggikah NISBAH ataupun RATIO wang yang disimpan dari gaji yang kita terima.
Kalau gaji RM2 ribu tapi simpanan RM1000, maka itu adalah lebih baik dari gaji RM10000 tetapi simpanan hanya RM2000.
Itulah yang buatkan kita sentiasa ingat untuk menyimpan.
hazman aka species1980 on May 26th, 2009
blajar ilmu pengurusan kewaangan….. at 10 % gaji kena letak untuk SIMPAN….
Farizal Hassan on May 27th, 2009
Labanon, Rohaizad, Hazman & KisahSensasi terima kasih dengan pendapat² yang bernas kalian itu
Pendapat-pendapat anda semua insyaallah boleh dihimpunkan bagi menjadi penyelesaian pada masalah kewangan Khairul Mat Dom. Bukan pada Khairul Mat Dom je, aku yakin ramai yang mempunyai masalah yang sama.
Hidet on May 28th, 2009
Salam.
MatDom perlu habiskan dulu hutang2 kad kredit dia. Lepas tu baru fikirkan balik tentang simpanan ataupon pelaburan.
Sebab apa? ingat ye..dengan bayaran minimum bulanan kad kredit, interes terkumpul yg perlu dibayar adalah tinggi berbanding dengan pulangan dari simpanan…
kenapa..?tak percaya?
pazil on May 31st, 2009
xsiapa leh lari dr hutang.cuma konsep utk kecilkan hutang tu perlu.jgn salahkan kredit kard bila kita berhutang.KK sekadar kemudahan utk kita berbelanja.cuma dgn kelemahan pengurusan buatkan kita menyalahgunakan kelebihan KK yg ada.cari ilmu.xmampu beli ebook?xmampu g kelaskelas pengurusan kewanganan?rajinrajin baca forum psl kewangan.pandaipandai sesuaikan dgn diri.asasnya.ukur baju badan seniri.kecik sgt xlawa.bsr sgt pun xlawa.
baju gua size s..hahaha
alkisah on June 1st, 2009
cara yang paling berkesan untuk mengelakkan perkara diatas terjadi ialah cuba hidup 50% kebelakang. Tak caya cuba try.
-tak payah ada kereta
-kad kredit juga
-bini kena ada
-rumah cari yg murah saja
-makan minum sekadar rupa
-bergaya xperlulah gila2.
-hidup macam dahulu kala.
Farizal Hassan on June 10th, 2009
Hidet, Pazil dan Alkisah, terima kasih dengan komen-komen anda. Masing-masing mempunyai pendapat yang bernas

negaraku.net on May 23rd, 2009
Kisah Khairul Mat Dom……
Selepas tamat persekolahan menengah, Khairul Mat Dom (bukan nama sebenar) mendapat tawaran ke universiti tempatan dalam bidang yang diminatinya. Beliau berjaya mendapatkan ijazah dan tidak lama selepas itu beliau mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan….