Gara-Gara Kad Kredit VISA dan MASTERCARD
Anggaran masa membaca: 2 – 3 minit

Mengimbas kembali sekitar tahun 2002 hingga 2006, aku seakan-akan fobia dengan apa-apa jenis kad yg mempunyai lambing VISA dan MASTERCARD. Hinggakan deringan telefon polyphonic sekalipun membuatkan aku hampir mengelupur.
Segalanya adalah akibat berhutang dengan dua syarikat kad kredit pada tahap maksima. Sepanjang tempoh tersebut, bank-bank tersebut akan membuat panggilan bertanyakan bila aku akan membuat bayaran minima. Kebiasaannya, aku tidak mampu lagi untuk membuat bayaran minima pada kedua-dua kad tersebut. Hinggakan pada satu tahap, agensi guaman yang dilantik oleh bank-bank tersebut akan mengambil alih bagi setiap panggilan telefon yang akan dibuat. Ini memberikan lagi satu tekanan yang amat dahsyat…
Ianya seakan-akan zaman kegelapan aku seperti runtuhnya Kekaisaran Romawi dan Renaisans…
Hah, itu semua cerita dulu dan telah pun menjadi sejarah paling berguna dalam hidup aku
Sekarang ni aku bebas daripada hutang-hutang lapuk dan sedang hidup bahagia bersama-sama keluarga tersayang.
Bagaimana aku mampu bebas daripada masalah kewangan yang serius? Ini semua gara-gara buku Azizi Ali yang berjudul “Jutawan Dari Planet Jupiter” yang aku baca pada awal tahun 2006. Buku inilah yang bertanggungjawab di atas kejayaan bagi mengubah tabiat aku yang amat boros suatu ketika dahulu. Daripada buku itu jugalah bermulanya tranformasi mentaliti mengenai kewangan peribadi dan pelbagai buku mengenai kewangan aku baca setiap bulan.
Setiap kali orang merungut bahawa hidup mereka bergelumang dengan hutang tertunggak yang melampau; Maka, aku akan cadangkan golongan ini membaca buku Azizi Ali. Rata-ratanya menolak seakan-akan sudah putus asa. Dan, amat sedikit yang menerima usulan aku untuk melabur RM39.95 sebagai modal permulaan bagi mendapatkan buku tersebut.
Dan, ada di antara mereka yang berkata pada aku, “Isteri kau kerja kerajaan dan banyak keistimewaan yang korang perolehi!”.
Hey, apa sangkut paut isteri aku dalam hal kewangan peribadi aku suatu ketika dahulu? Sekiranya isteri aku bekerja dengan kerajaan Amerika Syarikat sekalipun, ianya adalah cuma satu bonus dan bukan penyebab atau penyumbang utama aku dalam bebas kewangan. Jadi, tiada sebab isteri aku mendapat nama dalam kejayaan besar aku
Isteri aku cuma memberi galakan dan dorongan dan tidak lebih dari itu.
Ini adalah kejayaan yang paling besar dalam pencapaian aku dalam hal kewangan peribadi sepanjang hidup aku. Sekarang ini, aku tiada hutang yang melampau dan berupaya membuat simpanan 4 angka setiap bulan daripada gaji bulanan
.
Indahnya hidup ini tanpa hutang…
PS: Aku tidak dibayar oleh Azizi Ali ketika mencadangkan supaya membaca buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”. Cadangan tersebut adalah ikhlas dan tiada agenda-agenda yang tersembunyi

13 Comments
catzer on May 13th, 2009
Erm biasalah tu beb..takde manusia yg hidup tak berhutang, tipulah sgt mereka takde hutang pada zaman2 gelap dulu..
akupun skang dok berhutang gak tgh proses byr2 kekekek..erm apapun yg penting kita sedar kita ni berhutang, ada orang buat2 tak sedar mereka berhutang kerek jerk lebih.
Farizal on May 13th, 2009
@catzer hutang ada mcm² kategori
biar berhutang dgn PTPTN / MARA drpd berhutang dgn kad kredit… keh keh keh. semua org ada hutang, cuma berhutang tu perlu atau tidak je.
@pazil nasib baik perasan. kalau x perasan, tu yg sampai bunyi hp sendiri pun rasa mcm nak melompat
ijamidayu on May 13th, 2009
Salam bro,
Memang gelap rasanya bila berhutang.. Memang perit.
Aku kira bernasib baik la.. Tak amik kad kredit dari aku kerja ‘mewah’ dolu.
La nie dok ada cuma kad debit. Utk wat ebay ckit2.. Yg hold wat masa nie. Wat adword.. Yg berkaitan utk memajukan diri utk masa depan la..
Lagi best baca buku ” Jutawan Ekstrem”… memang ekstrim gila bro..
Dah leh amik satu.. Kat MPZH Alamanda ada..
Apa pun, kad kredit abg kepada abg long.. Yg memang nak potong.. HAhahahaha
abdfatah on May 14th, 2009
begitulah penangan hutang… memang perit.
penangan obat untuk selesaikan hutangpun memang menarik…
dua situasi penangan yang berbeza.
penangan buku hutang dan penangan buku urus hutang
BAGAK on May 16th, 2009
suatu pengalaman yang tak dapat di jual beli
orang kaya pun berhutang
hutang tak pa, tapi mesti ingat mahu bayar
Farizal Hassan on May 16th, 2009
@ abdfatah bila melibatkan soal wang, kita akan secara semulajadinya akan cepat belajar dan langkah seterusnya adalah memastikan kesilapan tidak akan berulang
@ Bagak cara org kaya berhutang amat berbeza. sekiranya hutang tersebut besar jumlahnya, mereka akan pastikan hutang itu dibayar oleh org lain dan bukannya duit poket sendiri
Kisah Khairul Mat Dom... | Farizal Hassan on May 23rd, 2009
[...] berkereta, Khairul Mat Dom mendapat satu idea yang baginya cukup bernas. Idea tersebut adalah kad kredit! Dengan kad kredit, Khairul boleh menggunakannya untuk mengisi minyak kereta. Dengar kadar segera, [...]
Mengurus Wang Dengan Bijak | Fir$t $tep Make Money Online on May 23rd, 2009
[...] Jadi, kepada mereka yang masih tiada atau tidak tahu menguruskan kewangan bulanan anda, boleh mendapatkan buku Azizi Ali di kedai-kedai buku berhampiran. Untuk membaca kupasan yang lebih details mengurus kewangan hasil pembacaan buku Azizi Ali anda boleh kunjungi blog Farizal Hassan. [...]
FWD: Surat Terbuka Untuk Azizi Ali | Farizal Hassan on June 10th, 2009
[...] tempat persinggahan bagi pendapatan bulanan saya dimana sebahagian besarnya adalah untuk membayar tunggakan kad kredit, sewa beli bulanan kereta dan membeli belah barangan yang [...]
lubukduit on June 10th, 2009
“aku seakan-akan fobia dengan apa-apa jenis kad yg mempunyai lambing VISA dan MASTERCARD
Hinggakan deringan telefon polyphonic sekalipun membuatkan aku hampir mengelupur.”
huh..nampaknya bukan saya sorang je berperasan begini , tapi tak lah sampai menggelupur cuma gelabah rimas je
lubukduit´s last blog ..Buat duit di internet dengan squidoo
Dana Kecemasan Ketika Berhari Raya | Farizal Hassan on October 10th, 2009
[...] pendapat aku yang tidak bertauliah oleh mana-mana pihak, hanya berbekalkan pengalaman-pengalaman lepas, dana kecemasan yang aku wujudkan adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan bulanan yang ditanggung [...]

negaraku.net on May 10th, 2009
Gara-Gara Kad Kredit VISA dan MASTERCARD…
Mengimbas kembali sekitar tahun 2002 hingga 2006, aku seakan-akan fobia dengan apa-apa jenis kad yg mempunyai lambing VISA dan MASTERCARD….