FWD: Surat Terbuka Untuk Azizi Ali

Anggaran masa membaca: 3 – 4 minit

FWD: Surat Untuk Azizi Ali

Kehadapan Encik Azizi Ali,

Saya menaip warkah digital ini secara terbuka berkenaan buku yang berjudul “Jutawan Dari Planet Jupiter” yang berjaya mengubah hidup saya dan kini sedang menikmati kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Saya amat berterima kasih kepada anda selaku penulis buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” yang berjaya mengubah kegilaan saya suatu ketika dahulu yang amat pakar bagi menghabiskan wang dalam waktu yang singkat. Poket saya adalah suatu tempat persinggahan bagi pendapatan bulanan saya dimana sebahagian besarnya adalah untuk membayar tunggakan kad kredit, sewa beli bulanan kereta dan membeli belah barangan yang berjenama.

Istilah-istilah dalam dunia kewangan peribadi seperti dana kecemasan, simpanan bulanan secara tetap, aliran tunai, pelan perbelanjaan dan beberapa istilah lain yang terkandung dalam buku tersebut adalah amat asing suatu ketika dahulu. Istilahnya seolah-olah sedang membaca buku sains, astronomi atau puisi Cleopatra.

Buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” tersebut saya dapati ketika sedang memikirkan bagaimana untuk mencari duit lebih untuk membayar hutang tertunggak kad kredit. Kepercayaan saya ketika itu adalah saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang lebih setiap bulan. Dan, kepercayaan saya juga ketika itu adalah tiada siapa yang mampu menyelesaikan masalah saya dan tiada satu buku apa pun yang mampu mengubah hidup saya. Itu adalah kepercayaan saya suatu ketika dahulu.

Setelah membaca berulang-ulang kali buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”, saya makin memahami apa yang anda cuba sampaikan. Walaupun kata-kata yang disampaikan itu cukup pedas (siapa makan cili, dia lah yang terasa pedasnya), saya tetap menelan cili tersebut satu persatu. Saya mempunyai satu nekad, iaitu saya perlu lakukan perubahan yang besar dalam sejarah hidup saya. Dan, ianya perlu dilakukan serta merta! Walaupun perit, ia perlu dilakukan.

Saya rasa anda sebagai penulis buku ingin mengetahui apakah perubahan yang terjadi keatas diri saya. Baiklah, saya senaraikan sebahagian yang terpenting perubahan-perubahan tersebut di bawah:

  1. Menyelesaikan kad kredit (Inilah matlamat utama saya membeli buku anda!)
  2. Menyelesaikan beberapa hutang yang betul-betul tertunggak
  3. Mempunyai simpanan secara tetap setiap bulan sebanyak 26% daripada pendapatan bulanan yang dimana sebelumnya saya tidak pernah menyimpan wang
  4. Memberi satu hobi baru iaitu membaca segala buku yang melibatkan wang yang dahulunya saya tidak ada masa untuk membaca buku. Tetapi, kini agak pelik tiba-tiba saya mempunyai banyak masa untuk membaca :)
  5. Mengenalkan saya beberapa penulis tentang kewangan. Dan, salah seorangnya adalah Robert Kiyosaki (Setakat ini saya mempunyai 3 buah bukunya dan buku Cashflow Quadrant beliau telah saya baca sebanyak 4 kali dan saya masih membacanya sehingga kini!)

Senarai tersebut adalah sebahagian terpenting perubahan-perubahan yang telah berlaku ke atas diri saya setelah membaca buku anda. Hanya satu buku yang berharga RM39.90 mampu memberi saya kebahagiaan dan mampu menyelamatkan wang saya dalam jangka masa panjang. Ianya adalah satu pelaburan yang sedikit yang mampu memberi keuntungan yang besar.

Buku anda hingga kini masih menjadi rujukan dan saya masih lagi membacanya. Ada sebahagian yang saya masih belum praktikkan dan sedang memahaminya. Sebahagian tersebut yang saya maksudkan adalah hartanah!

Baiklah, setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan dengan anda. Walaupun ada banyak yang ingin dikongsi dengan anda, saya harus berhenti disini. Saya percaya anda sedang sibuk menguruskan seminar-seminar perihal kewangan anda. Teruskan usaha anda itu kerana saya percaya ramai yang masih lagi gagal dalam pengurusan kewangan peribadi.

Akhir sekali, terima kasih kerana menulis buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”. Usaha anda amat saya hargai.

Yang ikhlas,
Farizal Hassan

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

5 Comments

ijamidayu  on June 15th, 2009

Fuh.. Satu surat yg pasti akan membuat AZIZI ALI mengeluarkan lagi buku-buku hebat utk kita praktikkan bro..

Satu perkara yg sering kita lepas pandang..
ijamidayu´s last blog ..Blues Pagi ISNIN dan Blues Penulisan Blog

MY  on June 16th, 2009

Buku ini memang wajib setiap orang baca. Sepatutnya dijadikan modul kepada budak2 U tentang pengurusan kewangan. Takdelah nanti lepas kuar U terus terbeban dengan hutang. Saya dah baca 3/4 buku-buku tulisan Sifu Azizi Ali. Memang marvelous…

ijamidayu  on June 16th, 2009

Seperti Yus katakan.. Memang betoi.. Tanpa mengetahui asas kitaran wang, memang kita susah nak senang…
ijamidayu´s last blog ..Bengkel WordPress Batch 3. Macam HAMPEH!!!!

Azura  on June 18th, 2009

Tahniah buat abg kerana dpt mgubah cara mguruskan kewangan dgn betul ;) . Terima Kasih En Azizi Ali kerana menghasilkan buku yg sangat berguna!
Azura´s last blog ..HAPPY BIRTHDAY MY LIL SON

Farizal Hassan  on June 22nd, 2009

@ijamidayu Aku tengah tunggu buku² hasil tulisan dia yang baru… Buku² beliau banyak yang bagus² :D

@masteryus Ya. Buku Jutawan Dari Planet Jupiter boleh dikatakan wajib bagi sesiapa yg ingin memantapkan pengurusan peribadi. Aku setuju pendapat saudara mengenai modul mengenai pengurusan kewangan perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar Universiti :) Apa yang aku perhatikan, kebanyakkan para pelajar yang baru bekerja akan mempunyai masalah kewangan yang serius.

Terima kasih dengan pandangan anda :)

@Azura Terima kasih kerana memberi dorongan selama ini :)

Leave a Comment