Eh, Bagi Diskaun Separuh Harga… RM45 Ni Mahal Lah!

Anggaran masa membaca: 2 – 3 minit

angela

Ini satu lagi kenyataan yang kita perlu hadapi. Asal beli barang, mesti ada tawar menawar harga. Ada seorang penulis ebook ini bercerita pada aku yang dia kerap dihubungi oleh sesetengah pelawat laman web beliau yang mahukan potongan harga.

Halooo….. ini bukan pasar malam, bang!

Anda pernah pergi ke pasaraya Giant, Carrefour atau Extra kan? Anda pernah minta diskaun ketika membayar di kaunter pembayaran? Aku tidak pernah. Anda pernah minta potongan harga lagi sedangkan kain rentang dan poster-poster terpampang “POTONGAN HARGA HINGGA 45%” depan mata anda?

Aku juga percaya anda tidak pernah. Sekiranya pernah, anda seorang yang pelik…

Tetapi, bila kita cuba menjual ebook, perisian atau apa-apa produk sekalipun secara online dan offline, mesti ada yang minta diskaun. Walaupun harga produk kita sememangnya sudah diberi diskaun dan sudah habis murah…

Anda sebagai peniaga pun tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan harga sampai menjatuhkan produk anda sendiri. Katakan anda menjual produk informasi atau ebook ‘Bagaimana Menghasilkan RM50 Sehari Tanpa Modal’. Bolehkah anda menjualnya dengan harga RM10? Mustahil! Aku sanggup makan kepala Aku sendiri daripada menjual pada harga yang tidak masuk akal!

Anda sebagai pemilik produk boleh memberi diskaun. Ianya tidak salah dan tiada dalam satu kitab pun melarang anda daripada memberi diskaun kepada pelanggan. Tetapi, anda tidak boleh memberi diskaun apabila seseorang datang pada anda meminta diskaun. Ini memberi tanggapan bahawa produk anda tiada harga dan informasi yang terkandung di dalam ebook tersebut adalah rendah kualitinya.

Lebih teruk lagi, manusia tadi yang telah mendapat harga murah dari anda menghebahkan pula dalam blognya bahawa dia mendapat harga RM10 sahaja daripada harga asalnya iaitu RM45. Kononnya, beliau adalah manusia yang paling bertuah.

Jadi, persoalannya dimanakah urusan perniagaan yang sebenarnya disini?

Harga produk anda adalah maruah anda. Habis cerita!

P/S: Awek di atas hanya sebagai penyeri pos aku kali ini :D Klik sini untuk berkenalan dengan beliau.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

5 Comments

Abdul Rahman  on February 25th, 2009

Eh? Ko pun minat Angela Aki? Sama! :D

Farizal Hassan  on February 25th, 2009

ish! ko ni… aku citer pasal lain lah. bukannya pasal Angela Aki… :D

ngeh ngeh ngeh

ijamidayu  on March 4th, 2009

Salam bro,

Betol la.. Kalo beri muka.. Abih satu malaya mintak lagi murah.. Jadi, abaikan jer sekor dua org mcm 2.. (kasornyer bunyi) :D

Apa pun, pada aku jgn bagi muka.. Kekadang bila bg betis mesti lepas nie nak lagi.. Abg.. Tlg tue..Tolong nie.. Mcm mana nak berjaya..

Belom cuba lagi.. Aiyak…

Ubi  on March 19th, 2009

Terbaca post ni gara-gara gambar Angela Aki… oh!

Selalu dapat email mintak diskaun ni dan tak pernah balas pun… buang masa je rasanya layan org yg tak menghargai hasil kerja kita…

Layan Angela Aki lagi bagus! :cool:

Farizal Hassan  on April 30th, 2009

@Ubi, pun layan Angela Aki jugak ke? :D Hujung minggu ni saya nak ke Jepun pasal ada date dgn Angela Aki :D Nak pesan apa² ke kat dia? keh keh keh…

Leave a Comment