Hi, Saya Newbie Dan Nak Belajar Adsense, Clickbank, Blackhat Serta Black Metal Dari Otai-Otai IM Semua!
Anggaran masa membaca: 2 – 4 minit

Seorang yang baru sahaja mengenali perkataan “perniagaan internet” ingin menuntut ilmu sebanyak yang boleh dalam waktu yang singkat. Ianya akan jadi satu masalah apabila newbie tersebut tidak dapat membezakan antara Blackhat dan Black Maria…
Ya, aku faham seseorang yang masih baru mengenali perniagaan internet atau suatu peluang untuk menghasilkan wang dari internet akan teruja untuk mempelajari apa jua teknik sekalipun yang boleh membantu mereka bagi menghasilkan wang. Dan, untuk mempelajarinya pula anda memerlukan mentor yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar.
Tetapi, ini bukan bermakna anda perlu mempelajari kesemuanya sekali dalam waktu yang sama.
Anda perlu ingat bahawa sekiranya anda ingin mempelajari sesuatu, anda perlu melalui beberapa proses sepanjang pembelajaran tersebut. Setiap proses pembelajaran tersebut, ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui. Setiap peringkat tersebut memerlukan anda meluangkan masa, wang dan tenaga yang perlu dikorbankan.
Ianya bukanlah mudah
Jangan anggap apa-apa perniagaan sekalipun adalah kacang. Jangan ingat apa jua peluang untuk mendapatkan wang dari internet adalah senang.
Cara yang lebih bijak adalah membaca buku atau eBook sebelum menawarkan diri kepada otai-otai untuk menjadi murid mereka. Anda perlu laburkan sedikit wang bagi mendapatkan ilmu melalui bahan-bahan bacaan.
Sekiranya anda tidak mampu melepasi peringkat pertama ini iaitu laburkan sedikit wang untuk mendapatkan ilmu yang anda inginkan, maka ada baiknya anda lupakan niat anda untuk menceburi perniagaan internet atau apa-apa peluang yang boleh menjanakan wang.
Wahai tuan-tuan dan puan-puan yang aku hormati, bagaimana ingin mulakan sesuatu aktiviti yang menguntungkan sekiranya tiada wang langsung bagi tujuan pelaburan? (Jangan lupa bahawa membeli bahan bacaan adalah suatu pelaburan yang berharga).
Sekiranya anda tiada wang untuk membeli buku, bagaimana anda ingin membayar servis hosting, domain, atau membuat kad debit yang memerlukan ada mendepositkan wang bagi tujuan pengaktifan?
Bagaimana anda hendak kahwin sekiranya anda tiada wang? Oh, maafkan aku kerana agak menyimpang daripada topik asal!
Apa yang pasti, segala aktiviti yang membolehkan anda menjana wang memerlukan pelaburan di peringkat permulaan lagi. Ini adalah kenyataan yang perlu diakui.
Akhir kata, anda perlu mengenal pasti objektif anda dahulu dan pada masa yang sama anda perlu membuat rujukan dari bahan-bahan bacaan. Setelah anda dapat mengenal pasti mana satu peluang menjana perdapatan melalui internet yang sesuai, anda bolehlah mencari seorang mentor bagi memantapkan kemahiran anda.
PS: Antara Blackhat dan Black Metal adalah jauh definasinya. Jangan salah faham :p
PPS: King Diamond tidak bercadang untuk terbitkan album baru pada tahun 2009. Penerangan ringkas oleh Kim Bendix Petersen boleh dibaca di sini. Oh ya, antara Kim Bendix Petersen dan Mike Filsaime adalah dua perwatakan yang amat jauh bezanya. Harap maklum!





Komen Pembaca