Gara-Gara Kad Kredit VISA dan MASTERCARD
Anggaran masa membaca: 2 – 3 minit

Mengimbas kembali sekitar tahun 2002 hingga 2006, aku seakan-akan fobia dengan apa-apa jenis kad yg mempunyai lambing VISA dan MASTERCARD. Hinggakan deringan telefon polyphonic sekalipun membuatkan aku hampir mengelupur.
Segalanya adalah akibat berhutang dengan dua syarikat kad kredit pada tahap maksima. Sepanjang tempoh tersebut, bank-bank tersebut akan membuat panggilan bertanyakan bila aku akan membuat bayaran minima. Kebiasaannya, aku tidak mampu lagi untuk membuat bayaran minima pada kedua-dua kad tersebut. Hinggakan pada satu tahap, agensi guaman yang dilantik oleh bank-bank tersebut akan mengambil alih bagi setiap panggilan telefon yang akan dibuat. Ini memberikan lagi satu tekanan yang amat dahsyat…
Ianya seakan-akan zaman kegelapan aku seperti runtuhnya Kekaisaran Romawi dan Renaisans…
Hah, itu semua cerita dulu dan telah pun menjadi sejarah paling berguna dalam hidup aku
Sekarang ni aku bebas daripada hutang-hutang lapuk dan sedang hidup bahagia bersama-sama keluarga tersayang.
Bagaimana aku mampu bebas daripada masalah kewangan yang serius? Ini semua gara-gara buku Azizi Ali yang berjudul “Jutawan Dari Planet Jupiter” yang aku baca pada awal tahun 2006. Buku inilah yang bertanggungjawab di atas kejayaan bagi mengubah tabiat aku yang amat boros suatu ketika dahulu. Daripada buku itu jugalah bermulanya tranformasi mentaliti mengenai kewangan peribadi dan pelbagai buku mengenai kewangan aku baca setiap bulan.
Setiap kali orang merungut bahawa hidup mereka bergelumang dengan hutang tertunggak yang melampau; Maka, aku akan cadangkan golongan ini membaca buku Azizi Ali. Rata-ratanya menolak seakan-akan sudah putus asa. Dan, amat sedikit yang menerima usulan aku untuk melabur RM39.95 sebagai modal permulaan bagi mendapatkan buku tersebut.
Dan, ada di antara mereka yang berkata pada aku, “Isteri kau kerja kerajaan dan banyak keistimewaan yang korang perolehi!”.
Hey, apa sangkut paut isteri aku dalam hal kewangan peribadi aku suatu ketika dahulu? Sekiranya isteri aku bekerja dengan kerajaan Amerika Syarikat sekalipun, ianya adalah cuma satu bonus dan bukan penyebab atau penyumbang utama aku dalam bebas kewangan. Jadi, tiada sebab isteri aku mendapat nama dalam kejayaan besar aku
Isteri aku cuma memberi galakan dan dorongan dan tidak lebih dari itu.
Ini adalah kejayaan yang paling besar dalam pencapaian aku dalam hal kewangan peribadi sepanjang hidup aku. Sekarang ini, aku tiada hutang yang melampau dan berupaya membuat simpanan 4 angka setiap bulan daripada gaji bulanan
.
Indahnya hidup ini tanpa hutang…
PS: Aku tidak dibayar oleh Azizi Ali ketika mencadangkan supaya membaca buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”. Cadangan tersebut adalah ikhlas dan tiada agenda-agenda yang tersembunyi

Komen Pembaca