Farizal Hassan » Kewangan

Dana Kecemasan Ketika Berhari Raya
Anggaran masa membaca: 4 – 6 minit

Agak lama juga aku tidak membuat sebarang pos pada blog ini; Daripada hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 hinggalah pada Hari Raya Aidilfitri yang kita sambut sepanjang 21 Syawal ini. Ini membawa maksud kita masih lagi mempunyai baki 9 hari lagi untuk ber-Hari Raya

Hari Raya pada tahun ini sama seperti pada Hari Raya dua tahun yang lepas. Pada Hari Raya dua tahun yang lepas, aku terpaksa mengeluarkan rm1000 untuk menukarkan gear box Kancil 850 aku yang sudahpun rosak 5 bulan sebelumnya. Walaupun sudah rosak agak lama, aku masih menangguhkan untuk membaiki gear box tersebut. Ini kerana sumber kewangan yang amat terhad. Sungguh ironik sekali!

Ketika itu, aku masih lagi tidak mempunyai dana kecemasan. Dengan sumber kewangan yang terhad, dan hanya  berbekalkan gaji pada bulan itu, aku gagahkan juga untuk mengeluarkan rm1000 untuk membaiki kereta. Bayangkan, lagi seminggu untuk berhari raya dan rm1000 pula habis ke kereta.

Pada tahun ini, Hari Raya Aidilfitri aku seperti juga pada dua tahun yang lepas – kereta Kancil aku meragam kembali. Tetapi, kali ini ragaman yang dibuat lebih parah! Kerosakan pertama terjadi ketika pulang daripada kerja dan pada hari yang sama juga aku merancang pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga.

Seminggu lepas itu pula, beberapa komponen-komponen penting pada enjin mula buat hal. Disamping itu pula, ke empat-empat tayar juga perlu ditukar. Kos pembaikan semua mencecah rm2000.

Pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini berjalan dengan meriah sekali   Aku dulu adalah bukan aku pada dua tahun lepas. Berbekalkan pembacaan buku-buku hal ehwal kewangan memang membuahkan hasil. Dana kecemasan yang aku wujudkan memang membantu aku apabila terjadinya hal-hal yang boleh mencemaskan sesetengah pihak. Makin cemas lagi bila waktu kecemasan tersebut bergantung sepenuhnya pada kad kredit.

Ya, inilah gunanya dana kecemasan. Dana kecemasan adalah amat penting dan tahap kepentingannya sama seperti seorang pemain bola sepak yang memerlukan sebiji bola ketika di padang (Aku tidak maksudkan kepada pemain-pemain yang terlibat dalam isu rasuah dan juga jual beli permainan!). Apa yang diceritakan tadi adalah satu situasi yang kita tidak sangkakan. Ianya boleh terjadi pada kebanyakkan orang yang sedang bernyawa. Jadi, perkara ini tidak boleh dipandang mudah.

Kita semua perlukan satu dana yang khusus hanya diperuntukkan pada satu tujuan iaitu sejumlah wang tunai yang boleh digunakan waktu kecemasan. Dalam erti kata lain, wang tunai tersebut mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas.

“Eleh, kad kredit pun boleh selesaikan masalah dengan pantas bila terjadinya kecemasan. Apa nak kecoh-kecoh…!”, Khairul Mat Dom mula mempertahankan kad kredit emasnya.

“Ye lah, memang kad kredit boleh selesaikan masalah tu dengan cepat. Tapi, itu hutang dan bukannya tunai… Bila kita ada duit tunai, buat apa nak berhutang!”, balas aku sambil tengok video-video di YouTube.

Kebiasaannya, dana kecemasan memerlukan sejumlah simpanan sebanyak 3 bulan gaji ataupun 6 bulan gaji. Itu adalah satu tanda aras bagi pendapat para bijaksana dalam perancang kewangan peribadi yang bertauliah.

Pada pendapat aku yang tidak bertauliah oleh mana-mana pihak, hanya berbekalkan pengalaman-pengalaman lepas, dana kecemasan yang aku wujudkan adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan bulanan yang ditanggung selama 3 bulan. Yang dimaksudkan perbelanjaan bulanan yang ditanggung adalah seperti:

Ansuran pinjaman perumahan

Ansuran pinjaman kereta

Pinjaman peribadi

Insurans

Perbelanjaan isi rumah

Segala bil elektrik, air, Astro

Minyak kenderaan

Sekiranya terjadi pada aku seperti kehilangan kerja dengan tiba-tiba, wang tersebut mampu menyara aku sekeluarga selama 3 bulan sementara mendapat pekerjaan baru.

Sebenarnya, dana kecemasan tidak pernah cukup dan memerlukan simpanan berterusan. Walaupun dana kecemasan sudah mencukupi untuk menanggung kehidupan anda selama 3 bulan, simpanan berterusan perlu terus dilakukan sebagai persiapan sekiranya terjadi hal-hal yang tidak diingini seperti kenderaan rosak atau apa-apa kejadian yang boleh mengganggu kehidupan seharian.

Sebagai contoh, telah aku berikan dua situasi yang diambil daripada pengalaman peribadi aku sendiri. Situasi pertama adalah bagaimana keadaan aku menguruskan waktu getir tanpa dana kecemasan. Dan, satu lagi situasi dimana aku berjaya menyelesaikan masalah kecemasan dengan hati yang lapang. Dua situasi yang jauh bezanya dan ianya pernah terjadi pada aku.

Sekiranya seseorang itu tiada dana kecemasan secara tunai, aku cadangkan ianya harus bermula menyimpan dengan serta merta. Bukan esok, minggu depan atau hujung bulan. Tetapi sekarang! Apabila dana kecemasan anda sudah capai satu tanda aras yang sudah ditetapkan, anda akan faham erti tidur lena

PS: Pertolongan pertama yang sampai di Padang, Jawa Barat Indonesia adalah dari Malaysia. Tetapi, fitnah terus dilemparkan kepada Malaysia. Apa-apapun, syabas kepada rakyat Malaysia yang pemurah dan bersifat profesional.

PPS: Kepada sesiapa yang belum menyumbang apa-apa kepada mangsa gempa bumi, sila lah bermurah hati memberikan apa jua pertolongan yang dirasakan mampu.

PPS: Sebentar tadi aku diberi peluang untuk memandu uji Honda City model 2009 di Puchong. Jauh beza dari Kancil 850. Terima kasih di atas layanan baik anda, Mr. Gary!

Ulasan Buku Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
Anggaran masa membaca: 4 – 7 minit

Kali ini aku ingin berkongsi ulasan mengenai sebuah buku yang berjudul “Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” oleh Khairulnahar Jamaluddin. Sebelum ini aku tidak pernah dengar mengenai penulis ini  hinggalah pada dua bulan lepas aku membaca hasil penulisan beliau iaitu ebook Wang Gaji. Kandungan ebook tersebut membuatkan aku terpanggil untuk membaca buku beliau yang seterusnya

Sebelum aku mengulas buku “Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”, ingin aku menyentuh sedikit ebook Wang Gaji yang aku nyatakan tadi. Tahap pemahaman aku tentang kewangan peribadi amatlah rendah dan sedikit. Jadi, sedikit sebanyak ebook Wang Gaji itu dapat membantu aku lebih memahami bagaimana untuk menguruskan gaji bulanan yang aku terima setiap bulan. Walaupun sebelum ini aku berkemampuan untuk menyimpan sedikit daripada gaji aku, itu tidak bermakna tahap pemahaman aku sudah sama hebat seperti Robert Kiyosaki atau pun sehebat bekas penyanyi Helloween iaitu Michael Kiske.

Boleh aku katakan yang aku sentiasa perlukan panduan bagi memastikan tahap kewangan aku dalam keadaan terkawal. Jadi, ebook Wang Gaji ini dapat membantu aku. Oh ya, Kalkulator Belanjawan yang diberikan sebagai bonus amat membantu aku bagi memastikan gaji yang aku terima setiap bulan dalam keadaan terkawal.

Okey, tutup cerita Wang Gaji dan kembali kepada topik asal iaitu “Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”. Buku ini diterbitkan oleh Truewealth Publishing iaitu sebuah syarikat kepunyaan Azizi Ali.

Buku ini boleh aku katakan sebagai ‘turutan’ daripada buku Azizi Ali iaitu “Jutawan Dari Planet Jupiter”. Mengapa aku katakan ‘turutan’? Ini kerana buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” adalah lebih kepada pencucian minda serta meliputi perihal kewangan secara menyeluruh; Dan anda boleh menangis apabila mengenangkan kezaliman yang telah dilakukan ke atas wang anda sendiri ketika membacanya. Manakala buku “Bajet Wang – Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” pula hanya fokus kepada 7 cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang.

Melalui buku ini, anda boleh belajar:

Cara untuk mengenal pasti tahap kedudukan kewangan semasa anda.

Cara bagaimana mengesan tabiat perbelanjaan samada baik ataupun tidak.

Membuat perancangan kewangan peribadi agar tidak sentiasa komplen wang tidak cukup.

Cara memenuhi keperluan dan nafsu serakah ke arah liabiliti seperti barang-barang yang anda idam-idamkan tanpa perlu berhutang atau membuat pinjaman.

Cara untuk menjadi jutawan dengan menggunakan kuasa masa.

Belajar bagaimana mengira kadar faedah yang dikenakan oleh bank.

Menghapuskan hutang dan berhenti daripada tabiat berhutang.

Mengenalpasti pembohongan dan penipuan Skim Cepat Kaya.

Kalau hendak memahirkan ke lapan-lapan perkara yang disebutkan tadi dalam waktu 31 hari memang boleh memberi kekejangan saraf pituitari pada otak kita. Silap-silap boleh memberi kesan yang buruk kepada fotosistesis! Aku sebenarnya lebih tumpukan kepada tabiat perbelanjaan, perancangan kewangan peribadi dalam keadaan terkawal serta memastikan kadar faedah yang dikenakan oleh bank tidak membebankan. Itu sahaja. Aku hanya memberi tumpuan kepada apa yang diperlukan sekarang ini. Yang selebihnya, kemudian cerita.

Sekiranya anda menghadapi masalah kewangan ketika ini, diharapkan janganlah tergopoh-gopoh untuk menghabiskan satu buku dalam masa 24 jam. Berikan sedikit ruang pada diri anda untuk menilai mana satu topik yang anda perlu dahulukan. Masalah kewangan bukan dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat. Sebagai contoh, aku mula menyelesaikan masalah kewangan pada tahun 2006 dan memperolehi kesan positif pada pertengahan tahun 2007. Ianya mengambil masa sebanyak 47 335 389 saat!

Walaubagaimanapun, ianya bergantung sejauh mana kuatnya semangat anda. Sekiranya semangat anda mempunyai antibodi yang kuat, kemungkinan masalah kewangan anda dapat diselesaikan dalam masa 23 667 694.5 saat sahaja.

Oh ya, dalam buku ini terlampau banyak tanda seruan pada penghujung ayatnya. Kemungkinan penulis ingin mengejutkan pembaca yang boros dalam berbelanja. Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah kewangan dan masih tidak sedar-sedar anda sedang menghadapi masalah kewangan, pastikan anda tidak membaca sambil meminum kopi atau milo. Ini boleh membuatkan anda sentiasa tersedak ketika membaca dan mengakibatkan baju anda yang berjenama ‘Ermenegildo Zegna’ mengalami kekotoran yang amat dahsyat!

PS: Penularan H1N1 makin serius dengan kadar kematian semakin meningkat. Sekarang ini bukan waktunya untuk kita mempamerkan kejelitaan atau kehenseman di khalayak ramai. Pakai topeng untuk keselamatan.

PPS: Aku sedang mengkonsistenkan pos-pos pada blog ini. Menulis artikel bukanlah mudah seperti menghabiskan wang untuk membeli barang-barang yang tidak berfaedah. Sekiranya anda sentiasa menantikan pos-pos aku ini, berikan aku semangat dengan meninggalkan komen-komen yang disediakan di bawah

PPPS: Terima kasih kepada pembaca-pembaca baru dan pembaca-pembaca yang setia

Bio Papé Asey Bergayé
Anggaran masa membaca: 3 – 4 minit

Salah satu pepatah popular seringkali orang Perak jadikan bahan lawak (atau perli):

“Bio Papé Asey Bergayé”

Atau dalam Bahasa Malaysia yang standard nya adalah berbunyi begini:

“Biar Papa Asal Bergaya”

Ianya membawa maksud seseorang itu sanggup menghabiskan wang untuk nampak lebih bergaya atau mungkin untuk kelihatan sedikit hensem. Di mata orang yang melihatnya, akan beranggapan bahawa mereka ini seorang yang sangat kaya. Apa tidaknya, kereta yang dipandunya sahaja melebihi RM100 000, pakaiannya Hugo Boss, seluar rasminya pula berjenama Levi’s 501 serta jam di tangan berjenama Rolex yang dibeli di Alamanda. Pada zahirnya mereka ini kelihatan cukup kaya dan berjaya di dalam kerjaya yang dipilihnya. Dengan gaji RM5000, berkemampuan untuk memiliki segala kemewahan duniawi.

Pada batinnya pula, poket dalam keadaan parah serta gangguan emosi yang cukup hebat. Segala perbelanjaannya adalah bergantung penuh pada gaji bulanan. Sekiranya gaji tidak mencukupi, kad kredit emas pengganti yang setia sepanjang masa.

Perilaku di atas sama seperti menghantuk kepala di tiang lampu trafik dengan sekuat hati. Walaupun berdarah dan sakit, tetap diteruskan jua hantukan tersebut untuk menunjukkan kekuatan dan tampak hebat kepada orang yang lalu lalang di sekitarnya.

Pada anggapan golongan pengamal tegar pepatah “Bio Papé Asey Bergayé” ini, untuk menjadi kaya mestilah membeli barang-barang yang kelihatan mewah. Dengan harapan, hidup akan mewah dan gaya, mutu serta keunggulan akan lebih terserlah. Tetapi, apa yang pasti, perilaku tersebut adalah salah!

Kalau seseorang itu seorang yang betul-betul kaya. Tidak ada salahnya memakai sesuatu yang dirasakan mampu untuk berbuat demikian. Tiada salahnya memandu kereta BMW, memakai jam Rolex atau memakai pakaian berjenama yang tak masuk akal harganya. Tetapi, kalau tengah bulan pun dah mula pening kepala gaji hampir habis, bukankah tidak patut? Bukankah ianya menzalimi diri sendiri?

Bagaimana untuk tidak menzalimi diri sendiri? Anda mula bertanya. Dibawah ini adalah jawapannya dan ianya cukup mudah:

Membayar zakat

Menyimpan sebahagian pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 10% secara tetap

Mewujudkan dana kecemasan, tabung persaraan & insuran

Melabur dan membina aset

Berbelanja mengikut kemampuan

Itu sahaja. Lima perkara sahaja anda mampu memberi kebaikan untuk diri sendiri serta keluarga anda. Tidak ada gunanya kita mampu menghasilkan puluhan ribu ringgit setiap sebulan sedangkan wang tersebut tidak dimanfaatkan dengan betul dan tidak berhati-hati setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

Anda tidak perlu kedekut untuk menjadi kaya. Untuk menjadi kaya, anda perlu menjadi pemurah. Pemurah disini bukan membawa maksud membelanjakan kesemua wang dengan membeli barangan yang tidak berfaedah. Sebaliknya, perbanyakkanlah sedekah dan berzakat. Dalam erti kata lain, sebelum menerima, anda perlu memberi dahulu.

Ringkasannya, fahami apa itu liabiliti dan aset. Ini adalah kerana dua perkara tersebut adalah asas untuk bebas daripada hutang lapuk dan anda tidak akan ada masalah untuk menyimpan wang secara konsisten dalam jumlah yang sama setiap bulan.

PS: Aku hanya senaraikan 5 yang terpenting sahaja. Anda mesti mempunyai senarai melebihi apa yang aku nyatakan di atas. Jadi, sila lah berkongsi dengan pembaca lain di ruang komen yang disediakan

PPS: Al-Fatihah untuk Mikeel Jackson. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

FWD: Surat Terbuka Untuk Azizi Ali
Anggaran masa membaca: 3 – 4 minit

Kehadapan Encik Azizi Ali,

Saya menaip warkah digital ini secara terbuka berkenaan buku yang berjudul “Jutawan Dari Planet Jupiter” yang berjaya mengubah hidup saya dan kini sedang menikmati kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Saya amat berterima kasih kepada anda selaku penulis buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” yang berjaya mengubah kegilaan saya suatu ketika dahulu yang amat pakar bagi menghabiskan wang dalam waktu yang singkat. Poket saya adalah suatu tempat persinggahan bagi pendapatan bulanan saya dimana sebahagian besarnya adalah untuk membayar tunggakan kad kredit, sewa beli bulanan kereta dan membeli belah barangan yang berjenama.

Istilah-istilah dalam dunia kewangan peribadi seperti dana kecemasan, simpanan bulanan secara tetap, aliran tunai, pelan perbelanjaan dan beberapa istilah lain yang terkandung dalam buku tersebut adalah amat asing suatu ketika dahulu. Istilahnya seolah-olah sedang membaca buku sains, astronomi atau puisi Cleopatra.

Buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” tersebut saya dapati ketika sedang memikirkan bagaimana untuk mencari duit lebih untuk membayar hutang tertunggak kad kredit. Kepercayaan saya ketika itu adalah saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang lebih setiap bulan. Dan, kepercayaan saya juga ketika itu adalah tiada siapa yang mampu menyelesaikan masalah saya dan tiada satu buku apa pun yang mampu mengubah hidup saya. Itu adalah kepercayaan saya suatu ketika dahulu.

Setelah membaca berulang-ulang kali buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”, saya makin memahami apa yang anda cuba sampaikan. Walaupun kata-kata yang disampaikan itu cukup pedas (siapa makan cili, dia lah yang terasa pedasnya), saya tetap menelan cili tersebut satu persatu. Saya mempunyai satu nekad, iaitu saya perlu lakukan perubahan yang besar dalam sejarah hidup saya. Dan, ianya perlu dilakukan serta merta! Walaupun perit, ia perlu dilakukan.

Saya rasa anda sebagai penulis buku ingin mengetahui apakah perubahan yang terjadi keatas diri saya. Baiklah, saya senaraikan sebahagian yang terpenting perubahan-perubahan tersebut di bawah:

Menyelesaikan kad kredit (Inilah matlamat utama saya membeli buku anda!)

Menyelesaikan beberapa hutang yang betul-betul tertunggak

Mempunyai simpanan secara tetap setiap bulan sebanyak 26% daripada pendapatan bulanan yang dimana sebelumnya saya tidak pernah menyimpan wang

Memberi satu hobi baru iaitu membaca segala buku yang melibatkan wang yang dahulunya saya tidak ada masa untuk membaca buku. Tetapi, kini agak pelik tiba-tiba saya mempunyai banyak masa untuk membaca

Mengenalkan saya beberapa penulis tentang kewangan. Dan, salah seorangnya adalah Robert Kiyosaki (Setakat ini saya mempunyai 3 buah bukunya dan buku Cashflow Quadrant beliau telah saya baca sebanyak 4 kali dan saya masih membacanya sehingga kini!)

Senarai tersebut adalah sebahagian terpenting perubahan-perubahan yang telah berlaku ke atas diri saya setelah membaca buku anda. Hanya satu buku yang berharga RM39.90 mampu memberi saya kebahagiaan dan mampu menyelamatkan wang saya dalam jangka masa panjang. Ianya adalah satu pelaburan yang sedikit yang mampu memberi keuntungan yang besar.

Buku anda hingga kini masih menjadi rujukan dan saya masih lagi membacanya. Ada sebahagian yang saya masih belum praktikkan dan sedang memahaminya. Sebahagian tersebut yang saya maksudkan adalah hartanah!

Baiklah, setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan dengan anda. Walaupun ada banyak yang ingin dikongsi dengan anda, saya harus berhenti disini. Saya percaya anda sedang sibuk menguruskan seminar-seminar perihal kewangan anda. Teruskan usaha anda itu kerana saya percaya ramai yang masih lagi gagal dalam pengurusan kewangan peribadi.

Akhir sekali, terima kasih kerana menulis buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”. Usaha anda amat saya hargai.

Yang ikhlas,

Farizal Hassan

Kisah Khairul Mat Dom…
Anggaran masa membaca: 4 – 6 minit

Gambar ini diambil ketika beliau sedang menceritakan kisahnya…

Saya hendak berkongsi suatu cerita yang begitu normal bagi kebanyakkan orang di muka bumi yang semakin terdedah kepada kerosakan lapisan ozon…

Selepas tamat persekolahan menengah, Khairul Mat Dom (bukan nama sebenar) mendapat tawaran ke universiti tempatan dalam bidang yang diminatinya. Beliau berjaya mendapatkan ijazah dan tidak lama selepas itu beliau mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan. Maka, melompat sakan lah Khairul Mat Dom kerana penat lelah ketika belajar di universiti suatu ketika dahulu telah mendatangkan hasil.

Dengan gaji RM2300 sebagai permulaan, bagi Khairul Mat Dom sejumlah wang yang amat besar. Tambahan pula ini adalah gaji pertamanya dan sebelum ini tidak pernah menerima gaji sebanyak itu. Jadi, Khairul memasang angan-angan untuk membeli kereta Myvi warna merah. Pada pendapatnya warna merah nampak ranggi. Tetapi, sebelum beli kereta ada baiknya membeli handphone baru dahulu. Dan, Khairul memang betul-betul membeli handphone Nokia 5800 apabila menerima gaji pertamanya itu. Kata dalam hatinya, “Kalau aku tak beli, nanti duit habis, barang pulak tak nampak. Baik beli daripada gaji habis mcm tu je…”.

Setelah 5 bulan bekerja di syarikat itu, Khairul Mat Dom berjaya menyimpan wang sebanyak RM2000. Wang tersebut adalah untuk merialisasikan impiannya untuk membuat downpayment kereta Myvi merahnya. Dan, pada hujung minggu, ketika itu sedang Khairul Mat Dom berjalan-jalan di Alamanda, Putrajaya; Khairul Mat Dom ternampak promosi kereta-kereta buatan Malaysia yang ketika itu mempromosikan pembelian kereta tanpa downpayment dan bayaran bulanan yang rendah.

Bagi Khairul Mat Dom, ini adalah peluang keplatinuman yang mesti direbut. Memandangkan hari raya puasa bakal menjelang tiba, sekurang-kurangnya ada sebuah kereta untuk memudahkannya untuk balik kampung untuk berhari raya nanti. Jadi, pada pendapatnya jika merebut peluang ini, Khairul Mat Dom tidak perlu mengeluarkan duit simpanannya sebanyak RM2000 sebagai downpayment.

Dan kini, Khairul Mat Dom mempunyai kereta dan setiap bulan perlu memperuntukkan bayaran bulanan sebanyak RM550 selama 9 tahun serta kos perjalanan ke tempat kerja seperti minyak dan tol. Tidak lupa juga stering, sport rim, spoiler dan beberapa alat perhiasan lain yang kononnya boleh melajukan Myvi nya itu. Khairul Mat Dom mengatakan ianya ‘perlu’ bagi menonjolkan keranggian keretanya. Segala pembelanjaan itu adalah menggunakan wang simpanan rm2000 yang sepatutnya untuk membayar downpayment Myvi nya itu.

Apabila berkereta, Khairul Mat Dom mendapat satu idea yang baginya cukup bernas. Idea tersebut adalah kad kredit! Dengan kad kredit, Khairul boleh menggunakannya untuk mengisi minyak kereta. Dengar kadar segera, Khairul Mat Dom bergegas ke bank terdekat untuk memohan kad kredit. Ajaibnya, permohonan itu berjaya dan kini secara rasminya dua kad berwarna perak yang tertera Visa dan Mastercard adalah milik Khairul Mat Dom. Maka, satu ‘episod baru’ telah bermula dalam hidup Khairul Mat Dom.

Setelah setahun setengah bekerja di tempat yang sama, Khairul Mat Dom sudah jatuh cinta dengan seorang awek di tempat kerjanya. Dan mengambil keputusan untuk bercinta dengan serius. Setahun selepas itu, pasangan bercinta itu memutuskan untuk mendirikan rumahtangga.

Segalanya berjalan dengan lancar sejak dari mula tamat persekolahan hinggalah ke alam perkahwinan. Ini kerana setelah berkahwin, sumber pendapatan bulanan yang dahulunya adalah satu kini telah menjadi dua. Seterusnya, mereka pun mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah idaman. Dan, perbelanjaan mereka semakin bertambah. Apabila sudah mempunyai rumah sendiri, mereka berdua perlu membeli segala keperluan seperti sofa, tv, langsir, dan perabot-perabot lain. Ada yang baru dibeli dan ada yang lama dan masih boleh dipakai.

Dan tidak lama selepas itu lahirnya cahaya mata bagi pasangan bahagia tersebut. Taraf hidup semakin meningkat tanpa disedari dan ketika itu juga hutang semakin bertambah. Hutang kad kredit, ansuran bulanan sewa beli kereta, bil elektrik, air, Astro, telefon, Streamyx serta bayaran bulanan gadai janji terbesar yang mereka berdua pernah buat; iaitu rumah!

Disebabkan terlalu banyak komitmen yang perlu diselesaikan setiap bulan, mereka berdua perlu bekerja keras dan mencari pendapatan sampingan. Pada ketika tahap inilah mereka berdua takut akan kehilangan kerja atau tidak ada kerja. Jadi, mereka perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan mereka tidak dibuang kerja.

Khairul Mat Dom terperangkap dengan hutang yang membebankan. Disebabkan hutang tersebut, dia tidak mampu untuk menyimpan sebahagian gaji bulanannya. Dan, bagi menyelesaikan masalah kewangannya, Khairul Mat Dom perlu bekerja lebih kuat dengan harapan agar majikannya menaikkan gajinya. Jika majikannya tidak menaikkan gajinya, Khairul Mat Dom akan mencari pekerjaan lain yang gajinya lebih mahal.

Demikianlah cerita Khairul Mat Dom. Adakah dengan kenaikan gaji, atau mencari pekerjaan yang gajinya lebih tinggi mampu menyelesaikan masalah tersebut? Sekiranya anda ada pendapat mengenai kehidupan ‘normal’ ini, sila tinggalkan dibahagian komen.

Gara-Gara Kad Kredit VISA dan MASTERCARD
Anggaran masa membaca: 2 – 3 minit

Mengimbas kembali sekitar tahun 2002 hingga 2006, aku seakan-akan fobia dengan apa-apa jenis kad yg mempunyai lambing VISA dan MASTERCARD. Hinggakan deringan telefon polyphonic sekalipun membuatkan aku hampir mengelupur.

Segalanya adalah akibat berhutang dengan dua syarikat kad kredit pada tahap maksima. Sepanjang tempoh tersebut, bank-bank tersebut akan membuat panggilan bertanyakan bila aku akan membuat bayaran minima. Kebiasaannya, aku tidak mampu lagi untuk membuat bayaran minima pada kedua-dua kad tersebut. Hinggakan pada satu tahap, agensi guaman yang dilantik oleh bank-bank tersebut akan mengambil alih bagi setiap panggilan telefon yang akan dibuat. Ini memberikan lagi satu tekanan yang amat dahsyat…

Ianya seakan-akan zaman kegelapan aku seperti runtuhnya Kekaisaran Romawi dan Renaisans…

Hah, itu semua cerita dulu dan telah pun menjadi sejarah paling berguna dalam hidup aku   Sekarang ni aku bebas daripada hutang-hutang lapuk dan sedang hidup bahagia bersama-sama keluarga tersayang.

Bagaimana aku mampu bebas daripada masalah kewangan yang serius? Ini semua gara-gara buku Azizi Ali yang berjudul “Jutawan Dari Planet Jupiter” yang aku baca pada awal tahun 2006. Buku inilah yang bertanggungjawab di atas kejayaan bagi mengubah tabiat aku yang amat boros suatu ketika dahulu. Daripada buku itu jugalah bermulanya tranformasi mentaliti mengenai kewangan peribadi dan pelbagai buku mengenai kewangan aku baca setiap bulan.

Setiap kali orang merungut bahawa hidup mereka bergelumang dengan hutang tertunggak yang melampau; Maka, aku akan cadangkan golongan ini membaca buku Azizi Ali. Rata-ratanya menolak seakan-akan sudah putus asa. Dan, amat sedikit yang menerima usulan aku untuk melabur RM39.95 sebagai modal permulaan bagi mendapatkan buku tersebut.

Dan, ada di antara mereka yang berkata pada aku, “Isteri kau kerja kerajaan dan banyak keistimewaan yang korang perolehi!”.

Hey, apa sangkut paut isteri aku dalam hal kewangan peribadi aku suatu ketika dahulu? Sekiranya isteri aku bekerja dengan kerajaan Amerika Syarikat sekalipun, ianya adalah cuma satu bonus dan bukan penyebab atau penyumbang utama aku dalam bebas kewangan. Jadi, tiada sebab isteri aku mendapat nama dalam kejayaan besar aku   Isteri aku cuma memberi galakan dan dorongan dan tidak lebih dari itu.

Ini adalah kejayaan yang paling besar dalam pencapaian aku dalam hal kewangan peribadi sepanjang hidup aku. Sekarang ini, aku tiada hutang yang melampau dan berupaya membuat simpanan 4 angka setiap bulan daripada gaji bulanan  .

Indahnya hidup ini tanpa hutang…

PS: Aku tidak dibayar oleh Azizi Ali ketika mencadangkan supaya membaca buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”. Cadangan tersebut adalah ikhlas dan tiada agenda-agenda yang tersembunyi