Rahsia Buat Duit Dengan eBay
Anggaran masa membaca: 2 – 4 minit

Hari Sabtu baru-baru ini sekali lagi percubaan terbaru aku ke MPH Alamanda untuk mencari buku Azahar Abdul Rahman yang bertajuk “Rahsia Buat Duit Dengan eBay”. Ntah yang ke berapa kali aku ke MPH Alamanda untuk membeli buku tersebut, aku pun dah tak ingat. Apa yang aku ingat dengan jawapan pekerja-pekerja MPH adalah tiada stok.
Akhirnya aku cuba Google tajuk buku tersebut dan seterusnya membawa aku ke laman web e-commerce http://www.bookcafe.com.my. Tanpa berlengah, aku terus mencari buku “Rahsia Buat Duit Dengan eBay” dan aku dapati buku tersebut ada dalam stok. Apa lagi, aku terus beli lah
Di bawah adalah maklumat pesanan tersebut:
Kaedah pembayaran: Maybank2u.com (Maybank2u.com)
Penghantaran: Pos Malaysia – Pos Laju
Subtotal: RM22.00
Kos penghantaran: RM6.50
Diskaun: RM3.00
Taxes: Pos Laju – Surcaj + Cukai Kerajaan 25% (123456) RM1.63
Jumlah: RM30.13
Aku harapkan kos penghantaran adalah percuma. Tetapi, tak mengapa lah… Aku anggap yang buku ini kategori rare :p Bayar lebih sikit pun tak mengapa. Berkenaan cukai sebanyak RM1.63 tu aku tak pasti. Aku beli buku secara online di http://www.millionairesplanet.com pun tak ada pula kena apa-apa cukai. Malah, kos penghantaran juga percuma.
Sebenarnya, aku sudah membaca buku tersebut di Google Book Search. Memandangkan buku ini bagus untuk rujukan serta dapat memenuhkan perpustakaan mini aku, aku rasa buku ini berbaloi untuk dibeli.
Aku sarankan kepada sesiapa yang mahu mempelajari asas eBay, dapatkan lah buku ini. Harga di kedai-kedai buku adalah RM25.00 sahaja. Akan tetapi, sekiranya anda berasa was-was dengan mutu penyampaian buku tersebut, anda boleh membacanya di Google Book Search untuk menilaikannya sendiri. Sekiranya menepati citarasa anda, maka beli lah di http://www.bookcafe.com.my ataupun di kedai-kedai buku berhampiran.



Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut langkah demi langkah teknik yang aku nyatakan di atas, sila ke 
Komen Pembaca