Bio Papé Asey Bergayé

Anggaran masa membaca: 3 – 4 minit

Membeli Untuk Nampak Kaya

Salah satu pepatah popular seringkali orang Perak jadikan bahan lawak (atau perli):

“Bio Papé Asey Bergayé”

Atau dalam Bahasa Malaysia yang standard nya adalah berbunyi begini:

“Biar Papa Asal Bergaya”

Ianya membawa maksud seseorang itu sanggup menghabiskan wang untuk nampak lebih bergaya atau mungkin untuk kelihatan sedikit hensem. Di mata orang yang melihatnya, akan beranggapan bahawa mereka ini seorang yang sangat kaya. Apa tidaknya, kereta yang dipandunya sahaja melebihi RM100 000, pakaiannya Hugo Boss, seluar rasminya pula berjenama Levi’s 501 serta jam di tangan berjenama Rolex yang dibeli di Alamanda. Pada zahirnya mereka ini kelihatan cukup kaya dan berjaya di dalam kerjaya yang dipilihnya. Dengan gaji RM5000, berkemampuan untuk memiliki segala kemewahan duniawi.

Pada batinnya pula, poket dalam keadaan parah serta gangguan emosi yang cukup hebat. Segala perbelanjaannya adalah bergantung penuh pada gaji bulanan. Sekiranya gaji tidak mencukupi, kad kredit emas pengganti yang setia sepanjang masa.

Perilaku di atas sama seperti menghantuk kepala di tiang lampu trafik dengan sekuat hati. Walaupun berdarah dan sakit, tetap diteruskan jua hantukan tersebut untuk menunjukkan kekuatan dan tampak hebat kepada orang yang lalu lalang di sekitarnya.

Pada anggapan golongan pengamal tegar pepatah “Bio Papé Asey Bergayé” ini, untuk menjadi kaya mestilah membeli barang-barang yang kelihatan mewah. Dengan harapan, hidup akan mewah dan gaya, mutu serta keunggulan akan lebih terserlah. Tetapi, apa yang pasti, perilaku tersebut adalah salah!

Kalau seseorang itu seorang yang betul-betul kaya. Tidak ada salahnya memakai sesuatu yang dirasakan mampu untuk berbuat demikian. Tiada salahnya memandu kereta BMW, memakai jam Rolex atau memakai pakaian berjenama yang tak masuk akal harganya. Tetapi, kalau tengah bulan pun dah mula pening kepala gaji hampir habis, bukankah tidak patut? Bukankah ianya menzalimi diri sendiri?

Bagaimana untuk tidak menzalimi diri sendiri? Anda mula bertanya. Dibawah ini adalah jawapannya dan ianya cukup mudah:

  1. Membayar zakat
  2. Menyimpan sebahagian pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 10% secara tetap
  3. Mewujudkan dana kecemasan, tabung persaraan & insuran
  4. Melabur dan membina aset
  5. Berbelanja mengikut kemampuan

Itu sahaja. Lima perkara sahaja anda mampu memberi kebaikan untuk diri sendiri serta keluarga anda. Tidak ada gunanya kita mampu menghasilkan puluhan ribu ringgit setiap sebulan sedangkan wang tersebut tidak dimanfaatkan dengan betul dan tidak berhati-hati setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

Anda tidak perlu kedekut untuk menjadi kaya. Untuk menjadi kaya, anda perlu menjadi pemurah. Pemurah disini bukan membawa maksud membelanjakan kesemua wang dengan membeli barangan yang tidak berfaedah. Sebaliknya, perbanyakkanlah sedekah dan berzakat. Dalam erti kata lain, sebelum menerima, anda perlu memberi dahulu.

Ringkasannya, fahami apa itu liabiliti dan aset. Ini adalah kerana dua perkara tersebut adalah asas untuk bebas daripada hutang lapuk dan anda tidak akan ada masalah untuk menyimpan wang secara konsisten dalam jumlah yang sama setiap bulan.

PS: Aku hanya senaraikan 5 yang terpenting sahaja. Anda mesti mempunyai senarai melebihi apa yang aku nyatakan di atas. Jadi, sila lah berkongsi dengan pembaca lain di ruang komen yang disediakan :)

PPS: Al-Fatihah untuk Mikeel Jackson. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

10 Comments

pazil  on July 12th, 2009

# Berbelanja mengikut kemampuan

-definasi yang seringkali disalah tafsir..jika gaji 5k..maka kemampuan berbelanja adalah 5k juga..hehehe..aku lebih sukakan kepada ‘kematangan berbelanja’..berbelanja secara matang..fokus kepada sesuatu perkata yang perlu sahaja..dan pastikan ‘tabung untuk masa depan’ didahulukan..zakat+ibubapa jgn lupa ya!
pazil´s last blog ..Ebook : Article Marketing Secrets

ijamidayu  on July 14th, 2009

Pada aku, dengan ASAS yang 5 ini sahaja sudah mencukupi.

Sebagai misalan, tiang rumah kukuh sebab ASAS rumahnya KUKUH.

Jadi, dengan ASAS yang 5 ini mulai KUKUH, pasti anda akan ketemu jalan yg hendak ditujui..

Artikel best dari ang utk mereka yg takut keluarkan RM 39.90 membeli buku AZIZI ALI yg best..
ijamidayu´s last blog ..Bebaskan Diri Anda Makan Gaji. Masa Untuk berjaya dan KAYA!

Sakura Can  on July 15th, 2009

Kereta lebih 100 000, Baju Hugo Boss.., Gaji RM5K.. hehehe…remind me of someone…

Anyway good article..

Farizal Hassan  on July 15th, 2009

@pazil Kematangan Berbelanja… Ermmm, sila jadi penulis jemputan aku :D

@IjamIdayu Aku rasa 5 asas ni macam tak cukup je. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi, aku letak yang mana aku tengah buat :D Yang mana aku tak buat, aku tak senaraikan.

@Sakura Can Kereta RM100 000 kereta idaman aku… :D Gaji rm5000 pun gaji idaman aku suatu ketika dulu. Hugo Boss tu pulak, stakat ni itu je jenama mewah yang dalam kepala aku :D

Kepada semua, terima kasih kerana membaca :)

Sakura Can  on July 15th, 2009

Just remind me of myself… but hujung bulan tak la rasa parah.. so rasanya ok la kan kalau camtu… bukan “biar papa asal bergaya”.. just menikmati hasil setelah penat bekerja…

ijamidayu  on July 23rd, 2009

Betul Farizal,

Jika senaraikan apa yang kita tidak lakukan.. Umpama ‘Cakap tak serupa bikin’ Fuh….

Apa pun, memang betul la.. Sekiranya ASAS pun kita agak sukar lakukan.. mcm mana nak buat yang lain…
ijamidayu´s last blog ..Memulakan Perniagaan SOHO Full Time

yusufjaafar  on July 25th, 2009

Bagi aku baik macamni:

‘Biar kaya, asal simple’

Hati pun senang, tak payah nak fikir apa persepsi orang kita. Lagipun kadang-kadang orang lebih respect orang macam ni. Betul tak?
yusufjaafar´s last blog ..Untuk apa aku hidup

Farizal Hassan  on July 25th, 2009

@yusufjaafar Menarik ayat “Biar kaya, asal simple” :D Boleh dijadikan tagline setiap orang² kaya.

Kaya tidak semestinya perlu berbelanja berlebihan hingga menyusahkan diri sendiri. Bayangkan dimasa hari tua bergantung sepenuhnya dengan wang EPF tanpa simpanan tambahan yang secukupnya untuk menampung kehidupan yang semestinya kadar inflasi yang berganda-ganda daripada sekarang… Fuhhh, seramnya!

waka  on October 23rd, 2009

bior paper asey bergaye hehe
pepatah yang biasa bermain dicorong2 telingga satu masa dahulu di kuale kangsor

pakai baju kemeja lengan panjang warna putih dlm poket isi duit rm10 ke rm50 ke.

bior pape, gayer mau ade moh kite kekedey kena ayor buat pe nak keroje teruk2 weh
waka´s last blog ..Tabahnya usahawan wanita

Farizal Hassan  on October 25th, 2009

@waka hehehe… org perak jugak ke?

Leave a Comment