Bang, Kat Mana Boleh Dapat Yang Free Punya?

Anggaran masa membaca: 2 – 3 minit

Bang, kat mana boleh dapat yang free punya…?

“Alah… Pakai autoresponder free punya je. Buat apa pakai Aweber? Buang duit je…!”

“Hosting dengan domain RM50! Fuh, gile mahal!!! Takpe lah, Saya pakai Geocities dan nama domain pulak saya try cari yang murah-murah dulu.”

“Mahalnya ebook abang jual… Saya takde duit le nak beli ebook abang.  Biar saya cari dulu yang free info punya kat blog-blog atau kat website.”

Itu sebahagian ucapan daripada mereka yang sentiasa hendakkan sesuatu dengan percuma sepanjang hayat mereka.

Mereka sebenarnya hanya membazir masa untuk mencari maklumat-maklumat percuma yang belum tentu boleh pakai atau tidak. Ini kerana maklumat yang percuma kebiasaannya belum pernah dicuba ataupun diceduk daripada kenalan yang hanya dikenali melalui forum / instant messanging / blog / laman web. Lagi haru jadinya apabila kenalan itu pun dapat maklumat tersebut daripada kenalannya punya saudara sebelah adik ipar…

Tiada salahnya menggunakan autoresponder percuma dan sememangnya anda boleh dapati di mana-mana ruang internet yang maha luas ini. Tiada siapa yang larang anda muat turunnya. Tetapi, sekiranya autoresponder tersebut terdapat masalah hingga menjejaskan perniagaan internet anda, anda ingat anda boleh minta tolong pada pemilik asal autoresponder tersebut untuk selesaikan masalah anda secepat mungkin? Mimpilah! Dahlah percuma, lagi mau mintak tolong. Nak cepat pulak tu. Cissss…

Ya, anda boleh dapatkan sesuatu dengan percuma bagi tujuan suka-suka. Ianya tidak salah. Tetapi, sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan, perilaku yang disebutkan tadi amatlah tidak bijak. Anda  buang masa mencari sesuatu yang percuma hampir seminggu dan menanggung risiko kerugian akibat daripada informasi-informasi atau apa-apa yang anda dapati secara percuma itu.

Apa yang pastinya, dalam pada masa anda sibuk mencari informasi-informasi percuma di setiap ceruk internet dan berhempas pulas memasang skrip autoresponder percuma pada web server anda; Pesaing anda sedang menguasai pasaran serta mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Ini kerana pesaing anda faham apa yang dimaksudkan “Masa Itu Wang”. Sedangkan anda tidak!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

12 Comments

ijamidayu  on February 18th, 2009

Salam bro,

That’s was true..Inilah lumrah hidup manusia..

Apa pun, ini merupakan peluang utk bro keluarkan produk EBOOK bro yg share dgn aku tue.. :D

Lumrah Manusia nak KAYA CEPAT dan SENANG..

Apa pun, mereka nie.. Biarkan jer bro.. Buang masa jer layan..

Baik bantu mereka melalui penulisan.. Nak free biaq dia cari sendiri…

Farizal Hassan  on February 18th, 2009

ebook tu aku igt nak publish jadi artikel je kt blog ni. tapi, tgk lah mcm mana nnti :)

Jaws  on February 18th, 2009

hahaha..
aku byk kali hadapai org camnih..
nak wat biz tenet..
tapi semua benda ko nak free..
mana boleh beb..
u give, u get back..
tak rugi membeli..
cam ebook, byk kot ilmu dalam tuh..
jgn kedekut utk labur utk ilmu dan perniagaan.
pelaburan arini utk masa depan..

Farizal Hassan  on February 18th, 2009

hahaha… kau pun kena mcm tu gak :) ) tapi biasa nya aku tak bersifat kejam kat diorang. aku cuba tolong yang mana mampu.

tapi tu lah… dah tolong buat website free, lepas tu nak tumpang tido rumah aku plak. kalau awek, lain lah citer… ini jantan. kah kah kah…

Mohd Safuan  on February 18th, 2009

Betul sangat info ni. saya dulu2 camtu gak.tapi nak serius dalam menjana pendapatan melalui internet, saya mulakan beberapa pelaburan kecil utk mulakan perniagaan internet

Farizal Hassan  on February 18th, 2009

apa yang aku citer tu mmg pernah terjadi kt aku :D aku percaya sampai skg ni masih ada lagi org mcm tu :)

ijamidayu  on February 19th, 2009

:D Biasa la bro.. Aku pun semakin mula didatangi.. :D

Apa pun, seperti bro kata.. Kita tolong mana yg kita tau..

Farizal Hassan  on February 19th, 2009

yang mana kita boleh tolong, kita tolong. bila kita tak dpt tolong, kekadang dikatakan sombong. apa² pun kita berikan yang termampu dan terbaik :)

ijamidayu  on February 20th, 2009

2 ler.. Depa nie kekadang nak cepat.. Haiya.. Dah ler FREE…

FREE consult.. Memang mentaliti mcm nie kot..

Note kaki :

Sok kena p MELAKA.. Pas 2 P.D.. Adoh… Melepas aku info kat Internet nie..

Nak2 post bro Farizal nie.. Bnyk Ilmu bro kita nie.. :D

abdfatah  on February 20th, 2009

masa itu emas. tiada emas yang ternilai dari segi masa. masa yang terbuang tiada akan berganti lagi dengan emas permata…

eh apa aku tulis nih?

Farizal Hassan  on February 20th, 2009

aku pun x berapa paham sebenarnya. maybe nak terangkan masa tu emas kot. kira mcm “pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di dalam peti…”

waka  on October 23rd, 2009

free, free sume nak free …duduk dalam hutan free kut

Leave a Comment