Apa Jadi Dengan 38 Hari Lepas
Anggaran masa membaca: 2 – 2 minit

Genap 38 hari aku tidak berkesempatan mengupdate blog ini
Segalanya berubah pabila ex-boss aku telefon selepas kembalinya bercuti daripada Pulau Langkawi selama 5 hari. Memandangkan tawaran yang diterima melebihi pendapatan eBay aku, setelah berfikir selama seminggu, aku menerima pekerjaan tersebut
Akan tetapi, jawatan itu hanyalah contract selama 6 bulan. Selepas 6 bulan tersebut, aku perlu menimbangkan semula samada ingin meneruskan ataupun tidak. Hati aku dah agak tawar kerja dengan orang. Terngiang-ngiang ayat Robert Kiyosaki kat telinga aku:
Your boss’s job is not to make you rich..!
Dan, salah satu sebab kenapa aku jarang mengupdate blog ini adalah pada masa yang sama aku juga Freelancer. Memandangkan tempoh perkerjaan sepenuh masa aku hanya 6 bulan, aku perlu merancakkan pekerjaan kedua aku ini
Aku akui yang menjadi freelancer memang lumayan. Jadi, bodohlah aku meninggalkan terus pekerjaan kedua aku ini selepas mendapat pekerjaan sepenuh masa aku. Lagipun tempohnya hanyalah 6 bulan sahaja. Apalah sangat dengan 6 bulan tu…
Agaknya lepas ini aku perlu berkongsi ilmu “Bagaimana Membuat Duit Dengan Freelance”
Memandangkan kerjaya freelancer aku bermula tahun 2003, rasanya amat banyak ilmu untuk dikongsikan bersama-sama pembaca blog ini.
Oh ya, aku ada freelance yang perlu disiapkan secepat mungkin. Jadi, aku perlu menyambung semula kerja tersebut
PS: Akaun eBay aku dilepaskan bulan lepas setelah sebulan disuspended. Panjang ceritanya… Akan aku ceritakan pada pos yang akan datang.
PPS: Awek di atas adalah pembakar semangat ketika aktiviti-aktiviti freelancing. Jangan marahhhh….
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!5 Comments
Farizal on April 16th, 2009
ilhamputra,
aku specialise dlm web development seperti Usability, Accessibility, Web Designing, HTML + CSS Programming
jadi, apa² yang melibatkan website/portal aku akan buat.
mengikut pengalaman aku, freelance ni memang lumayan. tapi tengok bidang apa yg diceburi.
ijamidayu on April 27th, 2009
Memang masyuk bro kita nie. 2 yg nak jumpa pun susah.. Leh YM jerk.. Huhuhuuh.. Rezeki ada mana2 bro..
fiffy on June 11th, 2009
amboi..gilmore girl yg xtahan nye jd inspirasi..hehehe..sabar jela.. ![]()
[rq=1834,0,blog][/rq]..Jiwa iNi MiLiK KaMu..
Farizal Hassan on June 22nd, 2009
gambar awek tu boleh menimbulkan kontroversi bagi sesetengah pihak

ilhamputra on April 16th, 2009
buat freelance ape ye.aku pon berminat gak.sharela.