Aku Seorang Ekstremis…
Anggaran masa membaca: 3 – 4 minit

Apa khabar pembaca-pembaca blog FarizalHassan.com semua sepanjang tahun ini. Pada tahun 2010 ini aku menjadi seorang yang amat sibuk secara tiba-tiba dan tiada masa yang aku peruntukkan langsung untuk mengemaskinikan blog ini. Jadi, maafkan lah aku seadanya…
Sepanjang tahun 2010 ini, tanpa aku sendiri sedari, aku menjadi seorang ekstremis. Dengan ekstremnya, aku melakukan perkara-perkara yang dapat meningkatkan tahap hidup aku dengan lebih positif. Dengan sasaran matlamat baru untuk tahun 2011, aku nekad untuk menjadi seekor kuda lumba Sport Toto yang matanya hanya boleh memandang ke hadapan sahaja. Tanpa peduli kiri dan kanan.
Dalam beberapa buku yang telah aku baca, ada bercakap mengenai perkara yang sama. Cuma gaya penyampaiannya sahaja berbeza. Iaitu:
“Perlu menjadi seorang yang ekstremis untuk berjaya dalam setiap perkara.”
Kita perlu menjadi seorang yang cukup ekstrem dan taksub ke atas setiap matlamat yang kita sasarkan bagi memastikan ianya dicapai. Kita tidak boleh menetapkan matlamat ingin menjadi perdana menteri Afrika kalau perilaku dan mentaliti kita masih melakukan perkara harian yang sama seperti bermain PS3 sampai subuh, main snooker sampai lupa kelurga dan minum segelas teh tarik di restoran mamak selama 2 jam. Bukan nak jadi perdana menteri Afrika je pun tidak boleh, nak kerja kerani pun tak dapat.
Untuk mencapai matlamat yang disasarkan, anda perlu meninggalkan apa yang anda lakukan sekarang. Maksud aku, bukannya aku suruh tinggalkan blog ini – Tetapi, tinggalkan perkara-perkara yang langsung tidak ada sangkut paut dengan matlamat yang anda sasarkan. Sekiranya anda mempunyai rakan yang sentiasa memperlekehkan anda, tinggalkan sahaja beliau. Bukannya putus sahabat, tetapi sekiranya terjumpa kat mana-mana, tegurlah rakan anda itu seperti biasa dan sekali sekala jumpa untuk bersembang. Dalam erti kata lain, bataskan perbualan dan masa anda sahaja.
Menjadi ekstremis yang positif memang agak sukar bagi sesetengah orang seperti perokok. Seringkali gagal berhenti merokok pasal rakan-rakan perokok tegar sentiasa disekelilingnya. Disebabkan ini, jangan salahkan rakan anda itu, tetapi salahkan diri sendiri kerana ke-ekstrem-an dalam diri tidak cukup hebat. Baru offer rokok sebatang, dah lupa matlamat untuk berhenti merokok.
Begitu juga dengan masalah kad kredit yang tertunggak. Sekiranya sifat ekstrem dalam diri tidak cukup kuat, matlamat untuk melangsaikan hutang-hutang tertunggak kad kredit juga gagal.
Ini belum masuk cerita kaki todi dan judi…
Matlamat setiap orang adakalanya sama. Akan tetapi, bagaimana cara ianya dilakukan untuk mencapai matlamat masing-masing adalah berbeza. Suasana sekelilingnya juga kemungkinan besar jauh bezanya. Seperti apa yang aku lalui, adakalanya ada di antara rakan-rakan aku ini memerli dan mempersenda setiap keputusan yang aku buat. Apa yang aku lakukan hanyalah diam, senyum dan buat-buat tak paham. Aku tidak-tidak sesekali cuba buat mereka faham kerana ianya bukan sehari punya kerja.
Sekiranya anda mempunyai matlamat dan matlamat itu dapat meningkatkan taraf hidup anda sekeluarga, berbaloi untuk anda menjadi seorang ekstremis. Pengorbanan yang bakal anda lakukan dan perjalanan yang akan ditempuhi akan dibayar dengan setimpal.
PS: Artikel kali ini agak ringkas agar anda boleh lihat kembali sasaran matlamat anda dan renung-renungkan sepanjang usaha pada hari-hari yang lepas adalah setanding dengan matlamat anda atau tidak
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
2 Comments
Farizal Hassan on June 20th, 2010
@ijamidayu, itu lah ceritanya. nanti kita citer selebihnya kat restoran mamak nanti

ijamidayu on June 18th, 2010
Owh.. Rindu aku dengan penulisan ko…
Sampei nak minum teh pun kita kesempatan.. Rupanya ko dah extream..
Apa pun.. Seperti bro cakap.. Jika kita tak extrem susah utk berjaya..
Kalo kita menjauhkan diri dari perkara -ve.. Pasti mudah utk kita extrem ngan +ve things..